• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Mungkin Kena Bedah Buat Kali Ketiga, Alami Masalah Pseudartrosis?

Marquez Mungkin Kena Bedah Buat Kali Ketiga, Alami Masalah Pseudartrosis?

November 29, 2020 By Azizi H Leave a Comment

556
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUARA dunia MotoGP lapan kali, Marc Marquez mungkin perlu dibedah buat kali ketiga yang akan diputuskan pasukan doktor pada 1 Disember ini.

Sudah lebih empat bulan berlalu sejak Marquez terbabit kemalangan di Jerez dengan kejuaraan MotoGP 2020 menjadi milik pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir tanpa penyertaan beliau dalam sebarang pusingan perlumbaan.

BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!
BACA >>> Marquez Sahkan Tidak Berlumba untuk Baki Perlumbaan Musim Ini

Desas-desus mengenai pembedahan ketiga itu sudah diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, tetapi dinafikan Honda. Terbaharu, pasukan itu akhirnya mengakui Marquez kemungkinan besar perlu dibedah lagi.

Bos Honda, Alberto Puig berkata;

Saya bukan doktor, dan saya tak ada bola kristal, jadi saya tak boleh cakap bilakah Marc (Marquez) akan kembali. Kami cuma boleh berharap."

Menurut laporan akhbar Sepanyol, El Pais,  ada kemungkinan besar Marquez akan kembali ke bilik bedah, dan juga ada tarikh keputusan akan dibuat. Menjelang 1 Disember, kurang seminggu dari sekarang, Marquez akan berbincang dengan pasukan doktor dan memutuskan sekiranya pembedahan ketiga diperlukan untuk dia pulih.

Ada hipotesis mengatakan, Marquez  mungkin menderita pseudartrosis, dan perlu menjalani pembedahan transplan tulang yang memerlukan jangka masa lama untuk sembuh.

Dalam penjelasan Dr Claudio Costa beberapa minggu lalu, jika Marquez dibedah segera pada masa itu, pelumba Sepanyol itu  hampir pasti tidak dapat menyertai ujian pramusim tahun depan. Namun sehingga sekarang, pembedahan masih tidak dilakukan dan risiko tidak berlumba semakin tinggi.

Pasukan doktor akan memeriksa kondisi tulang lengan Marquez untuk memastikan sama ada dia sembuh sebaiknya atau perlu menjalani pembedahan.

BACA >>> Puig: Plat Tangan Marquez Patah Ketika Buka Tingkap, Bukan Berlumba

SUMBER: GPOne

556
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alberto Puig, Auto Terkini, Marc Marquez, MotoGP, Pembedahan Ketiga, Pseudartrosis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my