JEPUN merancang menghentikan jualan kenderaan petrol baharu dalam jangka masa 15 tahun akan datang sebagai sebahagian usaha peneutralan karbon menjelang 2050.
Dasar baharu itu mungkin diumumkan seawal minggu depan berdasarkan desakan sedia ada untuk mempromosikan kenderaan elektrik dan hibrid, lapor akhbar Mainichi Shimbun tanpa memetik sebarang sumber.
Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga pada Oktober lalu menetapkan tarikh akhir 2050 untuk Jepun menjadi negara neutral-karbon yang mengajak banyak syarikat besar untuk merangka rancangan mengekang emisi karbon dioksida (CO2).
Langkah itu dialu-alukan aktivis dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi Jepun sangat bergantung kepada bahan api fosil, manakala Kerajaan pula tidak menggariskan perincian tentang bagaimana hendak mencapai matlamat bebas-emisi tersebut.
Sasaran Jepun sekarang adalah meningkatkan jualan kenderaan rendah emisi seperti kereta hibrid dan elektrik sebanyak 50-70 peratus menjelang 2030, daripada kira-kira 40 peratus pada 2019.
Pada September lalu, California mengumumkan sasaran jualan semua kereta penumpang di negeri-negeri Amerika Syarikat (AS) kepada bebas emisi menjelang 2035. Malah, Britain jauh bercita-cita tinggi apabila berhasrat mengharamkan jualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2030.
BACA>>> #TahukahAnda: Apakah Itu Hibrid-Ringan (Mild-Hybrid)?
BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?
SUMBER: YahooNews
Leave a Reply