CBR1000RR Fireblade ialah superbike perdana paling popular Honda sebelum debut CBR1000RR-R Fireblade. Model 2011 versi lumba ini misalnya muncul dengan ciri istimewa yang dinaik taraf kepada jentera prestasi litar.
Umumnya, model itu menampilkan banyak perubahan pada frem dan subfrem belakang tanpa kehadiran komponen asas model pengeluaran seperti lampu, hon dan cermin sisi.
Bahagian roda dipasangkan rim aluminium tempa 16.5 inci yang juga saiz popular rim jentera lumba MotoGP. Ssistem suspensi pula menggunakan fork terbalik (USD) Öhlins dan kaliper brek Brembo.
Jentera ini pernah diuji pelumba MotoGP, Marco Simoncelli pada 2011 dan Michele Pirro setahun kemudian. Kali terakhir ditunggang uji pada 2014, dilakukan Scott Redding. MElihat angka odometer, model itu sudah bergerak sejauh 16,000km!
Keseluruhan sistem suis CBR1000RR Fireblade (2011) ini digantikan dengan kluster punat ala jentera lumba.
Pelana pula dibuat daripada material busa yang tampil cukup sederhana, dengan rekabentuk boleh ubah untuk setiap pelumba supaya sesuai dengan fizikal dan kondisi pelumba.
Tiada perubahan mekanikal, cuma difahamkan ditala untuk mendapatkan ekstra kuasa berbanding model komersial biasa. CBR1000RR Fireblade versi lumba itu kini ditayangkan di bilik pameran Ruote da Sogno, Itali, dan dijual pada harga AS$56,882 (RM231,650).
BACA >>> Ujian Pramusim WSBK 2020: Honda CBR1000RR-R SP Paling Pantas
BACA >>> Lakaran Bayangan Suzuki Katana 125, Ada Potensi Sportbike 150cc untuk Pasaran Asean?
Leave a Reply