• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ujian Pramusim WSBK 2020: Honda CBR1000RR-R SP Paling Pantas

Ujian Pramusim WSBK 2020: Honda CBR1000RR-R SP Paling Pantas

January 23, 2020 By AI Leave a Comment

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUASANA hari pertama ujian pramusim di Litar Jerez, Sepanyol  Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) sedikit terjejas disebabkan trek basah akibat hujan  hingga membuatkan juara bertahan, Jonathan Rea (Kawasaki Motors Racing) memutuskan tidak berlumba kerana bimbang mengundang bahaya.

Hari pertama ujian, pasukan Honda HRC mendahului sesi ujian menerusi pelumbanya, Leon Haslam yang menunggang jentera CBR1000RR-R SP, diikuti rapat Michael Van Der Mark (Tim Pata Yamaha) dan Garrett Gerloff (Tim GRT Yamaha).

Kelibat Honda agak sukar dilihat dalam sesi ujian rasmi kerana pasukan itu lebih suka menjalani ujian secara rahsia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

The new CBR 1000 RR-R did the first laps at Jerez test 👊🏻✊🏻@realleonhaslam initially went top and is firmly placed inside the top 3 so far! #WorldSBK pic.twitter.com/tzLUpDl3qS

— WorldSBK (@WorldSBK) January 22, 2020

Ujian Pra Musim WSBK Jerez_4
Ujian Pra Musim WSBK Jerez_1
Ujian Pra Musim WSBK Jerez_5
Ujian Pra Musim WSBK Jerez_6

Ujian pramusim itu, yang bermula jam 11 pagi dalam kondisi litar basah, menyaksikan Sylvain Barrier (Tim Brixx Performance) menjadi pelumba pertama yang turun trek. Selepas beberapa pusingan, Leandro Mercado (Tim Motocorsa Racing) menyusul untuk merekodkan masa terpantas.

Sekitar jam 12 tengah hari pula, barulah pasukan HRC buat kali pertama muncul di khalayak umum dengan duo pelumbanya, Alvaro Bautista dan Haslam.

Haslam memberi kejutan dengan mencelah dan merebut posisi pertama daripada Loris Baz, diikuti Van Der Mark yang konsisten menempatkan diri di posisi teratas sepanjang sesi dengan YZF-R1 versi 2020.

BACA >>> Siap Sedia Pertahan Gelaran WSBK 2019, Kawasaki Tala Ninja ZX-10R untuk Lebih Kuasa

Rookie, Gerloff sempat mengejar posisi ketiga buat sementara waktu. Akhirnya hingga masa penamat, Haslam nampaknya tidak goyah dengan mengukuhkan diri sebagai pelumba terpantas hari pertama menerusi catatan 1:52.149 dengan 14 pusingan. Van Der Mark menyusul di belakang dengan rekod masa 1:52.180 (35 pusingan).

Posisi ketiga pula diduduki Gerloff dengan catatan 1:52.213 (35 pusingan) bersama jentera YZF-R1 versi 2019. Pada sesi ujian tersebut juga menyaksikan beberapa pelumba, termasuk Bautista hilang kawalan di selekoh 6 kerana cuaca hujan dan kondisi trek yang licin.

BACA >>> Kawasaki Tangguh Bikin ZX-10RR Teknologi MotoGP Sebab Jadi Juara WorldSBK

111
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CBR1000RR-R SP, Garrett Gerloff, Honda CBR1000RR-R SP, Honda HRC, Honda Kawasaki, Jonathan Rea, Kawasaki Motors Racing, Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), Leandro Mercado, Leon Haslam, Michael van der Mark, roda2, Sylvain Barrier, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my