• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berjaya, Bermaz Sah Ambil Alih Pengedaran Peugeot di Malaysia daripada Naza

Berjaya, Bermaz Sah Ambil Alih Pengedaran Peugeot di Malaysia daripada Naza

December 2, 2020 By Han Othman Leave a Comment

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GROUPE PSA secara rasmi mengumumkan penyerahan hak pengedaran jenama Peugeot di Malaysia kepada Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) yang juga memiliki hak dalam perkhdimatan selepas jualan dan alat ganti untuk jenama Peugeot, Citroen dan DS di negara ini.

Ini ialah usahasama antara Berjaya Corporation dan Bermaz Auto yang masing-masing memiliki pegangan saham sebanyak 51 peratus dan 20 peratus.

BACA >>> Naza Group Tamat Operasi Vespa di Malaysia 1 Januari 2020

Menurut konglomerat Perancis itu, keputusan terbaharu tersebut akan membolehkan Peugeot meneruskan strategi pertumbuhan di Malaysia seperti pengenalan model baharu Peugeot 2008 yang sudah dilihat dipandu uji di negara ini. Ini termasuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport untuk rantau Asean.

Naib Presiden Groupe PSA untuk Asia Tenggara, Laurence Noel mensasarkan akan terus merevolusikan pengalaman pelanggan dengan rakan kongsi baharu, BBASB dan memenuhi komitmen menerusi perkhidmatan jualan dan selepas jualan terbaik.

Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) BerjayaGroup, Datuk Sri Tan Yeong Chin berkata, kolaborasi baharu berkenaan akan melengkapkan perniagaan automotif sedia ada yang dimiliki kumpulan itu, dinamakan HR Owen dan Berjaya China Motor.

"Kami percaya kolaborasi antara Berjaya Corp, Bermaz dan Groupe PSA akan memberikan sinergi positif yang memanfaatkan semua pihak," katanya.

Pengarah Eksekutif Bermaz, Datuk Seri Ben Yeoh berkata, pihaknya berbangga Groupe PSA dan BerjayaCorp mengiktiraf keupayaan dan kepakaran Bermaz Group dalam indusri automobil serta gembira untuk turut serta dalam kolaborasi baharu itu.

BACA >>> Hyosung - Jenama Motosikal dari Korea, Pernah Diperkenalkan Sebagai Naza Blade

Bagaimanapun, rundingan baharu itu tidak membabitkan pengedaran Citroen dan DS, sekali gus menandakan penamatan jualan kenderaan baharu bagi dua jenama tersebut di Malaysia.

Spekulasi mengenai Naza bakal melepaskan pegangan saham dalam tiga jenama automotif, termasuk Kia, sudah tercetus sejak beberapa minggu lalu dalam usaha menstrukturkan semula perniagaan syarikat itu. Bagaimanapun, masih tiada maklumat jelas sama ada Berjaya Auto Alliance juga akan turut mengambil alih jenama Korea tersebut untuk pasaran Malaysia.

Namun difahamkan Bermaz antara syarikat awal yang tampil dalam rundingan berkenaan. Sebagai makluman, Bermaz bukan syarikat bersekutu dengan Berjaya.

BACA >>> Toyota Proace City, Van Komersial Kompak Hasil Kerjasama dengan Groupe PSA

Related

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB), Bermaz Auto, Bermaz Auto Sdn Bhd, Groupe PSA, Peugeot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my