• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Adakah Ini Toyota Sienta Serba Baharu?

Adakah Ini Toyota Sienta Serba Baharu?

December 1, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Sienta
kali pertama diperkenalkan pada 2003 dengan mendapat sambutan memberangsangkan daripada pembeli sebelum generasi kedua dilancarkan pada 2015 di Jepun.

Model kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sekelas Honda Freed itu menjadi minivan pertama Jepun menduduki ranking bulanan jualan kereta paling laris pada Ogos 2019, mengatasi Nissan Serena dan Toyota Voxy. Tahun ini sudah lima tahun Sienta di pasaran. Bagaimanakah penampilan model serba baharu itu nanti?

BACA >>> Toyota Perkenal Sienta Versi Naik Taraf, dan 2 Varian Hilux L-Edition

Imej lakaran ini menunjukkan rekabentuk Sienta akan datang yang dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) dengan casis diperkuat dan berat dikurangkan, manakala jarak roda ditambah 20mm. Kemas kini baharu itu menawarkan ruang belakang lebih luas dan menambah baik aspek pengendalian dan kesenyapan kabin.

Dimensi badan lebih besar, dan keseluruhan lebar keseluruhan kini kurang daripada 1,700mm supaya menepati syarat kategori MPV 5-kerusi.

Bahagian depan menampilkan gril lebih besar dan lampu depan bergaya dengan rekaan tajam bersama lampu LED sebaris di dalam. Sebagai tambahan, gril bawah dilanjutkan hingga hujung kiri dan kanan.

Lebih menarik model lakaran itu dipadankan rim aluminium yang dapat dilihat pada Toyota C-HR. Difahamkan ada dua pilihan varian, petrol 3-silinder 1.5L dan 3-silinder 1.5L hibrid berserta motor elektrik. Sienta serba baharu ini khabarnya ditawarkan pada pertengahan 2021.

Sienta Generasi Kedua

BACA >>> #RetroAuto: MPV Mini Rupa Pelik, Daihatsu Materia (2007) Ini Pernah Popular di UK
BACA >>> #ApaNakBuat: Jiran dari Neraka Parkir Depan Rumah Kita?

SUMBER: SYNC

Related

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Render, Roda4, Toyota, Toyota Sienta (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev