KAWASAKI Motors memperkenalkan dua warna baharu untuk sportbike suku liter Ninja 250 (2021), iaitu Edisi KRT dan Metallic Carbon Grey.
Ninja 250 (2021) menampilkan gaya tajam dengan trenkuasa berprestasi tinggi yang juga lebih ringan (166kg), dan berkongsi gaya badan sama dengan Ninja 400.
Grafik baharu Edisi KRT menggunakan rekaan seragam jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2020 yang ditawarkan pada harga 654,500 yen (RM25,570). Metallic Carbon Grey pula berharga 634,500 yen (RM24,790).
Aspek mekanikal masih sama, dipacu enjin 2-silinder DOHC 248cc berkuasa 36hp @ 12,500rpm dan tork 22Nm @ 10,000rpm, manakala hantaran disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.
Berat badan ringan memudahkan sportbike ini ditunggang, manakala saiz tangki minyak 14 liter memberikan ekstra kilometer. Saiz tayar depan ialah 110/70-17R, dan belakang 140/70-R17.
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Umum Harga Pasaran Vietnam, RM33.4k untuk Varian SE Sahaja
BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Satria F150 Minor Fighter dari Kapcai ke Sportbike Jadian!
Leave a Reply