MISTERI kehilangan barangan tempahan atas talian terbongkar apabila seorang lelaki didapati mencuri bungkusan berisi Playstation 5 (PS5). Insiden itu berlaku di Britain membabitkan seorang pekerja penghantaran barangan Amazon yang kini dipecat serta-merta.
Salah laku penghantar barang itu sempat dirakamkan kamera seorang pelanggan, Jenni Walker yang membeli PS5 sebagai hadiah harijadi untuk anak lelakinya yang ke-16 tahun.
Rakaman video itu dikongsikan suami Jenni, Richard Walker di media sosial yang menunjukkan penghantar tersebut membawa masuk semula kotak PS5 ke dalam van yang sepatutnya dihantarkan ke rumah pelanggan.
Susulan insiden itu, Jenni pantas menghubungi Amazon yang menyatakan akan menyiasat kejadian berkenaan. Bagaimanapun, Amazon sekadar menawarkan baucar hadiah bernilai £5 (RM27) sebagai ganti rugi sebelum dinaikkan kepada £50 (RM272), termasuk memulangkan semula wang.
Jenni tidak berpuas hati kerana mahu Amazon bertanggungjawab menggantikan unit PS5 tersebut. Jadi dia nekad memandu untuk bersemuka sendiri dengan bos syarikat berkenaan. Selepas menonton rakaman video, bos Amazon akhirnya mengakui penghantar barangan itu ialah pekerjanya dan memberi jaminan akan memecat pekerja berkenaan.
Amazon dalam kenyataan rasmi berkata;
Leave a Reply