KIA Sportage mencatatkan pertumbuhan jualan berterusan selama bertahun-tahun, terutama di pasaran Amerika Syarikat (AS). Kini cabaran mendatang semakin sengit yang perlu dihadapi daripada pesaing lain dalam segmen sama.
Ujian Sportage (2022) bermula tidak lama selepas Hyundai mendedahkan model Tucson (2021) serba baharu. Walaupun dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tidak semestinya mirip secara kosmetik, tetapi ada beberapa persamaan dapat dilihat pada imej lakaran komputer yang baru saja didedahkan.
BACA >>> Hyundai Tucson (2021) Didedahkan, Tampil Rekabentuk Revolusioner
Dengan Tucson, ada banyak bentuk segitiga pada sisi yang menyerlahkan siluet badan. Profil Sportage (2022) serba baharu masih sama dengan model lama, tetapi berbeza aspek geometri pada bahagian depan. Lakaran komputer dihasilkan artis Korea Selatan, AtchaCars ini menumpukan kepada kepada bahagian depan, dengan menghilangkan lapisan kamoflaj foto intip untuk menampakkan gaya berani.
BACA >>> Sportage China Kia KX5 (2019) Lancar dengan Wajah Baharu yang Lebih Serius
Lampu utama LED berbentuk segi empat direka sporty, manakala gril direka serba baharu dan terpisah dua bahagian. Dengan kod nama NQ5, Sportage (2022) akan berentap dengan pesaing segmen-C seperti Toyota RAV4, Honda CR-V, Mazda CX-5, Volkswagen Tiguan, Nissan Rogue dan Subaru Forester.
Sportage (2022) serba baharu bakal menggunakan platform terbaharu yang sama seperti Tucson (2021), manakala trenkuasa mengikut pasaran.
Di AS misalnya, unit asas dipacu enjin 2.5L berkuasa 187hp dan tork 241Nm serta dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dalam sistem pacuan semua roda (AWD) sebagai pilihan.
Pasaran lain pula menawarkan varian hibrid dan hibrid plug-in (PHEV) dengan enjin 1.6L Turbo. Model baharu itu dijangka menggantikan varian diesel di Eropah dan Asia Pasifik.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?
BACA >>> #Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu
Leave a Reply