• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Benarkah Video Dashcam Selesaikan Banyak Isu Trafik?

Kajian: Benarkah Video Dashcam Selesaikan Banyak Isu Trafik?

December 1, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

454
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMERA pemuka, atau dipanggil dashcam sudah jadi semacam keperluan buat pemandu hari ini. Malah, sesetengah pengeluar menawarkan peranti itu sebagai pakej standard bagi setiap pembelian kereta baharu.

Berbanding aksesori kosmetik yang berharga mahal, tawaran dashcam sebagai insentif pembelian sebenarnya lebih baik. Video rakaman juga boleh dijadikan bukti jika berlaku pertikaian atau kesalahan lalu lintas.  Misalnya, rakaman pemandu yang menggunakan lorong kecemasan.

BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc

Bagaimana pula pemandu luar negara? Di Britain, pemandu sana dikatakan begitu aktif menghantar rakaman dashcam apabila polis mendakwa menerima 52,174 video sebagai bukti kesalahan. Adakah berkesan?

Jawapannya, ya kerana lebih satu pertiga bukti video itu berakhir dengan saman mahkamah, notis penalti, kursus kesedaran pemandu dan amaran. Keputusan tinjauan tersebut diperoleh portal jual beli kereta atas talian dan kepenggunaan Britain, WhatCar?.

Apa dilakukan WhatCar? adalah menghantar permohonan kebebasan maklumat (freedom of information, FOI) kepada polis. Hasilnya, 40 daripada 42 pasukan polis memberikan jawapan, manakala 19 lagi memberikan angka berkaitan. Polis Britain juga menerima lebih 35 rakaman video setiap hari.

Keputusan tinjauan mendedahkan lebih 10 peratus insiden menunjukkan kesalahan berat untuk pendakwaan di mahkamah dan 9.6 peratus lagi dikenakan Notis Penalti Tetap. Sebanyak 10.5 peratus pemandu diarahkan hadir kursus kesedaran dan 3 peratus lagi diberikan amaran.

Di Britain, 35 polis mempunyai sistem memproses dan mendenda pemandu dan penunggang motosikal berdasarkan bukti rakaman video daripada pengguna jalan raya lain.

Serahan video rakaman daripada pemandu dan pengguna jalan raya lain juga melonjak tinggi sekitar 850 peratus sejak 2017 apabila syarikat insurans mula menerima rakaman video sebagai bukti tuntutan, manakala pihak mahkamah menggunakan rakaman video sebagai sabitan kesalahan.

BACA >>> Kajian: Sut Menunggang Cuma Berkesan Elak Luka Calar, Bukan Direka untuk Impak

Dari segi keberkesanan, Polis Dyfed-Powys di South Wales paling aktif menggunakan rakaman video dalam menguatkuasakan undang-undang.

Lebih 81.3 peratus rakaman diterima sudah diambil tindakan, manakala 40.2 peratus pesalah diberikan amaran dan 18.6 peratus didakwa di mahkamah. Lagi 18.4 peratus pesalah diarahkan hadir kursus kesedaran pemandu dan 4 peratus lain dikenakan Notis Penalti Tetap.

Polis Metropolitan London pula menerima hantaran video paling tinggi, iaitu hampir 25,000 rakaman sepanjang tempoh lebih empat tahun. Dari jumlah itu,  45.4 peratus diambil tindakan, iaitu panggilan mahkamah (18.9 peratus), hadir kursus kesedaran (13.9 peratus), Notis Penalti Tetap (9.6 peratus) dan notis amaran (2.9 peratus).

Berikut perincian rakaman video dan tindakan diambil polis Britain:

POLIS
JUMLAH RAKAMAN DASHCAM (2017-2020)
JUMLAH VIDEO DIAMBIL TINDAKAN
PERATUS VIDEO DIAMBIL TINDAKAN
Dyfed-Powys37530581.3%
Norfolk & Suffolk Constabulary1,87796651.5%
Northamptonshire61230049.0%
Metropolitan24,79911,24745.4%
Gwent72830642.0%
Warwickshire1,87572238.5%
Gloucestershire Constabulary47018038.3%
Humberside2729434.6%
Devon & Cornwall Constabulary1,18237932.1%
North Wales1,85751627.8%

Trend dan dapatan itu boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk pihak berkuasa tempatan.

Ini kerana penguatkuasaan undang-undang lalu lintas bukan sekadar turun ke jalan raya sahaja, tetapi turut dibantu 'mata-mata' awam yang prihatin.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Mula-Henti (Start-Stop) yang Perlu Anda Tahu

Related

454
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Dash Cam, Dashcam, kajian, Kamera Pemuka, Perakam Video Digital (DVR), survei, What Car?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev