• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beg Udara Takata: Honda Malaysia Panggil Balik Accord (1999), CR-V (2000)

Beg Udara Takata: Honda Malaysia Panggil Balik Accord (1999), CR-V (2000)

November 26, 2020 By Azizi H Leave a Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

beg udara takata
HONDA Malaysia memanggil balik 2,784 unit kenderaan untuk menggantikan inflator beg udara Takata bahagian pemandu, seiring kempen panggil balik Non-Azide Driver Airbag Inflator (NADI) yang dilancarkan Honda Global.

Model terjejas terdiri daripada 1,380 unit Accord (1999), dan 1,404 unit CR-V (2000).

Honda Malaysia memberi jaminan kempen panggil balik itu tidak melibatkan model-model baharu yang dijual di pasaran tempatan. Wakil pengeluar itu turut menegaskan akan mengekalkan aspek ketelusan dan kawalan ketat terhadap pelanggan.

BACA >>> Penyelesaian Tidak Terkata, Akhirnya Takata Isytihar Muflis

Menurut Honda Malaysia;

Syarikat percaya panggil balik produk ini adalah keperluan sebagai langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan inflator beg udara Takata bahagian pemandu mengalami tekanan dalaman melampau hingga menyebabkan beg udara gagal berfungsi baik atau meletup."

Setakat ini, belum ada laporan di Malaysia mengenai sebarang insiden atau kecederaan akibat beg udara Takata melibatkan dua model bagi tahun disebutkan.

Menurut Honda Malaysia lagi, pelanggan terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan yang akan memperincikan maklumat kempen panggil balik itu.

Pelanggan terjejas juga digesa menghubungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat janji temu menukar inflator beg udara bahagian pemandu, tertakluk kepada stok alat ganti.

Pelanggan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa, termasuk memakai pelitup muka dengan betul, menjaga penjarakan sosial, dan mensanitasi tangan. Proses penukaran ditanggung sepenuhnya Honda Malaysia.

Stok komponen beg udara disediakan berperingkat, dan pemilik boleh memeriksa status kereta masing-masing di laman rasmi Honda Malaysia atau layari productrecall.honda.com.my atau hubungi nombor talian bebas tol 1-800-88-2020.

SUMBER: MalayMail

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beg udara takata, Honda Malaysia, Kempen Panggil Balik, Panggil Balik, Recall, takata airbag

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my