• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gambar Dalaman Proton Persona 2016 Bocor - Apakah Anda Suka?

Gambar Dalaman Proton Persona 2016 Bocor - Apakah Anda Suka?

August 12, 2016 By Abang GYL 1 Comment

700
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Persona 2016NAMPAK gayanya Proton Persona 2016 sudah bersedia untuk 'terjah' pasaran tempatan apabila beberapa keping gambar dalaman bocor lagi di media sosial hari ini.

Minggu lalu, media sosial kecoh apabila gambar luaran Proton Persona 2016 tersebar. Berdasarkan gambar diterima, jelas kelihatan beberapa bahagian ruang dalaman, terutama panel meter, panel audio dan laci depan. Ada beberapa perubahan dibuat pada bahagian dalaman, terutama panel meter.

Gambar Dalaman Proton Persona 2016 BocorBuat pertama kali Proton Persona 2016 didatangkan dengan mod pemanduan ECO. Ia boleh dilihat menerusi indikator ECO pada panel meter. Menurut sumber Proton, Persona 2016 mampu menjimatkan penggunaan bahan api hingga 18 peratus.

Selain itu, kabin Proton Persona 2016 hadir dengan kombinasi dua tona warna iaitu hitam dan kelabu.

Sebagai makluman, Proton Persona 2016 dibangun berasaskan platform Iriz. Dalam erti lain, Proton Persona 2016 ialah Iriz versi sedan.

Sedan ini khabarnya dipadankan enjin 1.6L VVT, sama seperti Iriz. Bagaimanapun, beberapa penambahbaikan dilakukan seperti tiga poin cagak (mounting) untuk menjadikan enjin lebih senyap

BACA>>> Foto Proton Saga 2016 Bocor! Mampukah Cabar Perodua Bezza?

Interior Proton Persona 2016_Pandulajudotcomdotmy (2)PELANCARAN 23 OGOS 2016

Hasil risikan PanduLaju, Proton Persona 2016 dijangka dilancarkan pada 23 Ogos hadapan.  Kehadiran model sedan segmen-B Proton ini diramalkan mendapat sambutan hangat dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap jenama Proton.

BACA>>> Proton Persona 2016: 8 Fakta Asas Yang Perlu Anda Tahu

Proton Persona 2016HARGA

Isu harga ialah aspek paling penting untuk #antiracisme dan kami merasakan Proton Persona 2016 dijual hampir sama atau sedikit mahal berbanding model sekarang. Mungkin sekitar RM48,000 hingga RM56,000.

Apakah anda berminat Proton Persona 2016 selepas melihat gambar-gambar ini?

Related

700
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Gambar dalaman proton persona 2016 bocor, Gambar Proton Persona 2016 Bocor, Proton, Proton Persona, Proton Persona 2016

Comments

  1. Slone says

    August 12, 2016 at 9:38 PM

    Harga yg dinyatakan adalah hampir sama harga dengan Persona Elegance (RM46k -RM59k)

    Anggaran yg dinyatakan di atas tu RM48k - RM56k bermakna harga lebih rendah dari harga persona elegance model premium iaitu RM59k.

    Bermakna harga bagi persona 2016 bagi varian premium dijangka lebih rendah dari harga persona elegance bagi varian premium

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev