• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor!!! Lencana Sulam Kerusi Proton Iriz R3 Limited Edition!

Bocor!!! Lencana Sulam Kerusi Proton Iriz R3 Limited Edition!

November 25, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini, portal automotif tempatan Funtasticko.net mendedahkan foto intip Proton Iriz hitam mirip Saga Anniversary Edition yang didatangkan dengan aksen kuning  pada gril dan cermin sisi.

Menurut Funtasticko, kilang Proton di Tanjung Malim kini sedang menyiapkan varian baharu Persona Black Edition dan Iriz R3 Limited Edition yang dijangka dilancarkan tahun depan.

BACA >>> #Spyshot: Proton Persona Dapat Lampu Belakang Baharu? Iriz Ala Crossover?

Terbaharu, bocor pula lencana sulam pada kerusi kulit R3 Limited Edition, sekali gus menguatkan lagi kesahihan berita diterima tersebut.

Imej itu, dimuat naik pemilik Facebook, Awan Fenomena dalam laman komuniti Proton Iriz Club Malaysia (PICM) baru-baru ini. Difahamkan, semua model edisi khas itu akan tampil dalam versi serba hitam yang sama seperti Saga Anniversary Edition.

Kedua-dua model itu juga akan mendapat rim dan kit badan baharu serta kabin dinaik taraf seperti kemasan kulit/fabrik baharu dan lain-lain. Bagaimanapun, jika mengimbas semula artikel awal tahun ini menerusi laman web Geely, pasukan pereka Proton diterajui Azlan Othman memang merancang membangunkan pilihan aksesori naik taraf model Proton.

Naik taraf itu menawarkan pakej aksesori Lifestyle, R3 Sports dan Proton Design. Pakej R3 Sports membolehkan pemilik meningkatkan prestasi kereta hingga 30 peratus dengan tambahan spoiler dan kit turbo. Namun, belum dapat dipastikan kaitan pakej itu dengan Iriz R3 Limited Edition.

BACA >>> Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3

SUMBER: Funtusticko

 

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Foto Bocor, hatchback, Kerusi Proton Iriz Facelift (2021), Material Kulit Proton Iriz Facelift (2021), Proton, Proton Iriz, Proton Iriz Facelift (2021), Proton Iriz LE (2021), Proton Iriz Limited Edition (2021), Proton Iriz R3 Limited Edition, Proton Iriz R3 Limited Edition (2021), Proton Persona Facelift (2021), R3 Limited Edition, Roda4

Comments

  1. Toyota Owner says

    November 25, 2020 at 2:11 PM

    fuhh terbaik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev