• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW G 310 R (2021) Facelift Diperkenalkan dengan Warna, Teknologi Baharu

BMW G 310 R (2021) Facelift Diperkenalkan dengan Warna, Teknologi Baharu

November 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

546
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad
memperkenalkan BMW G 310 R pada 2015 yang membuka laluan baharu buat pengeluar motosikal Jerman itu untuk meneroka segmen roadster sesaran kecil.

Bagi memastikan model itu kekal segar, BMW Motorrad melakukan beberapa penambahbaikan pada G 310 R (2021) yang kini memenuhi regulasi Euro5 dengan mengekalkan enjin silinder tunggal 313cc dan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 34hp @ 9,500rpm dan tork 28Nm @ 7,500rpm.

BACA >>> #Spyshot: BMW Dikesan Sedang Uji G310GS, G310R Versi Naik Taraf
BACA >>> BMW G 310 GS (2021) Versi Naik Taraf Lancar di India

G 310 R (2021) juga didatangkan dengan ciri terotel elektronik baharu, dinamakan kawalan terotel elektromotif (electromotive throttle controller) yang lebih responsif.

Sama seperti varian advencer G 310GS, model ini turut dibekalkan ciri klac antigelincir untuk tukaran klac lebih lancar, termasuk meningkatkan keselamatan ketika membrek dan menurunkan gear berterusan. Kotak gear digunakan jenis klac manual 6-kelajuan.

G 310 R (2021) dilengkapi ciri LED pada lampu depan, signal belok dan lampu belakang. Lampu depan memiliki tiga fungsi utama, iaitu lampu suluh tinggi, suluh rendah dan lampu siang (DRL) yang boleh dilaraskan mengikut suis kawalan sebelah kiri bar hendal. Namun, ciri DRL tidak ditawarkan untuk semua negara.

Tuil klac dan brek tangan boleh dilarasakan hingga 4-tetapan mengikut keselesaan tunggangan, dan menurut BMW Motorrad ciri ini sedikit sebanyak melegakan penunggang bertangan kecil.

Ada tiga pilihan warna ditawarkan G 310 R (2021), iaitu Cosmic Black (hitam), Polar White (putih) dan Sport (kelabu). Skema warna Sport didatangkan dengan frem dan rim sport merah, termasuk grafik tambahan pada tangki minyak dan fairing sisi belakang.

Kowl enjin yang melindungi alternator, klac dan pam coolant diwarnakan kelabu titanium metalik, sama seperti plat peg kaki dan bar genggam pembonceng. Setakat ini, belum ada pengumuman harga rasmi.

BACA >>> BMW R18 Classic Didedahkan dengan Ciri Mesra Kembara

BMW G 310 R (2028)
BMW G 310 R (2029)
BMW G 310 R (2030)
BMW G 310 R (2031)
BMW G 310 R (2032)
BMW G 310 R (2033)
BMW G 310 R (2034)
BMW G 310 R (2023)
BMW G 310 R (2038)
BMW G 310 R (2037)
BMW G 310 R (2026)
BMW G 310 R (2022)
BMW G 310 R (2036)
BMW G 310 R (2025)
BMW G 310 R (2021)
BMW G 310 R (2035)
BMW G 310 R (2024)
BMW G 310 R (2039)

SUMBER: BMW | VisorDown

Related

546
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW G 310 R (2021), BMW Motorrad, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev