• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda e Cipta Sejarah, Kereta Jepun Pertama Menang COTY Jerman 2021!

Honda e Cipta Sejarah, Kereta Jepun Pertama Menang COTY Jerman 2021!

November 19, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBELAKANGAN ini hangat diperkatakan mengenai prototaip Honda Civic baharu. Model itu berubah sepenuhnya jika dibandingkan rekabentuk di pasaran sekarang. Ada berpendapat Civic baharu lebih menjurus kepada gaya Eropah dengan konsep sederhana.

Umumnya, gaya Eropah cenderung kepada falsafah 'tak lekang dek panas' atau timeless seperti dapat dilihat pada model-model keluaran Volkswagen.

BACA >>> Honda e Kini dengan Kit Aksesori Honda Access untuk Gaya Retro Moden

Model Honda seperti Civic dan CR-V memang popular di Amerika Syarikat (AS), tetapi cita rasa antara pengguna AS dan Eropah tidak sama. Contohnya, lihatlah Camry yang bergaya Amerika berbanding Volkswagen Passat  dengan falsafah rekabentuk bersahaja.

Jadi, apabila Honda dianugerahkan rekod baharu di Eropah, itu memang isu besar. Apakah rekod atau pengiktirafan dimaksudkan tersebut?

Buat kali pertama Honda e dinamakan sebagai Kereta Terbaik Tahunan (Car of the Year, COTY) Jerman 2021. Menariknya, ini kali pertama model Jepun memenangi anugerah tersebut. Model elektrik itu juga menang kategori Tenaga Baharu dalam anugerah sama.

COTY Jerman diadili barisan juri yang terdiri daripada jurnalis automotif ternama negara itu. Setiap produk akan dinilai berdasarkan ujian dan ulasan dengan meletakkan ranking mengikut kebolehgunaan, ciri pemanduan, kesesuaian pasaran dan tahap inovasi.

Kemudian pemenang setiap kategori, iaitu Kompak, Premium, Mewah, Tenaga Baharu dan Prestasi akan saling bersaing untuk memenangi anugerah keseluruhan.

2020 Honda e

Dari segi pengiktirafan industri, Honda e sebelum ini pernah menerima penghormatan Terbaik antara Terbaik (Best of the Best) 2020 (Kategori Kereta) dalam Anugerah Rekabentuk Red Dot. Model itu kini ada dipamerkan di Muzium Red Dot Design di Essen, Jerman.

Ada lagi dimenangi Honda e, iaitu di Britain menerusi Anugerah Kereta Terbaik Britain 2020 bagi kategori Teknologi Kereta Terbaik Autocar dan Kereta Bandar/Kecil Terbaik Tahunan daripada News International Motor Awards 2020.

Di Jerman, Honda e turut menambah Anugerah EuroCarBody 2020 daripada Automotive Circle untuk Kereta Terbaik Tahunan Jerman. Di Belgium, Honda e dicalonkan dalam kategori Elektrik Kecil daripada Majalah Autogid dan turut bersaing dalam Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Hungary.

Di Sepanyol, Honda e dicalonkan dalam Axel Springer Motor Awards bagi kategori Kereta Kecil, manakala di Itali bersaing dalam Anugerah Kereta Terbaik tahunan Quattroruote. Di Denmark, model Jepun itu disenaraikan pendek untuk Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Denmark 2021.

Honda e dilancarkan di Eropah pada awal tahun ini dan antara model penting Honda untuk meneruskan komitmen Honda dalam penawaran model elektrifikasi penuh bagi semua model massa menjelang 2022.

BACA >>> Honda Odyssey (2021) Facelift Diperkenal di Jepun dengan Rupa Depan Lebih Radikal

Honda e Europe.01
Honda e Europe.02
Honda e Europe.03
Honda e Europe.04

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, COTY Jerman, German Car of the Year 2021, Honda, Honda E

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev