PROTON Persona 2016 bakal membuat kemunculan pada 23 Ogos ini. Kehadiran model sedan segmen-B Proton ini bakal mendapat sambutan hangat dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap jenama Proton.
Sebelum menanti kehadiran Proton Persona 2016 di pasaran tempatan, berikut adalah beberapa perkara yang PanduLaju tahu (setakat ini) dan boleh anda kongsikan.
1. PLATFORM IRIZ
Sebagai makluman, Proton Persona 2016 dibangun berasaskan platform Iriz. Dalam erti lain, Proton Persona 2016 ialah Iriz versi sedan. Dari pandangan hadapan masih lagi tampak seperti model Iriz, manakala bahagian belakang bakal memukau pandangan anda. Senang cerita, Proton Persona 2016 menampilkan rekaan menarik dan sporty.
2. ENJIN IRIZ
Proton Persona 2016 akan dipadankan enjin VVT 1.6L, iaitu enjin sama digunakan Iriz. Bagaimanapun, beberapa penambahbaikan telah dilakukan seperti tiga poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap.
3. VARIAN & TRANSMISI
Persona 2016 bakal hadir dalam varian Standard, Executive, Premium dan SE. Ia juga dipadankan dengan transmisi manual dan automatik.
4. MOD ECO
Buat pertama kali, Proton Persona 2016 didatangkan dengan mod pemanduan ECO yang menjanjikan penjimatan bahan api. Fitur ini turut ada pada model Saga 2016.
5. WARNA BAHARU
Selain warna hitam, perak, merah dan putih, Proton Persona 2016 turut memperkenalkan warna baharu iaitu Camelian Brown (coklat).
BACA>>> Foto Proton Saga 2016 Bocor! Mampukah Cabar Perodua Bezza?
6. RUANGAN BUT LUAS
Model segmen-B ini turut memiliki ruang but lebih luas dan besar iaitu seluas 500L.
7. CIRI KESELAMATAN (Standard Semua Varian)
Sedia maklum, Proton Iriz pernah menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP. Bagi Proton Persona 2016 pula, ia turut mengekalkan DNA ciri keselamatan seperti Iriz. Antara ciri keselamatan yang ada pada Persona 2016 adalah:
- 6 beg udara (varian Premium, minimum 2 beg udara bagi varian lain)
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Bantuan Brek (BA)
- Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Mendaki (HHA)
8. HARGA
Isu harga ialah aspek paling penting untuk Proton. Untuk itu, harga Proton Persona 2016 bermula dari RM47,000 hingga RM61,000.
Paling penting, apakah anda berminat selepas meneliti semua ciri Proton Persona 2016? Nantikan artikel seterusnya mengenai ciri-ciri Proton Saga 2016 dalam masa terdekat. Tunggu!!!
Mohd maidin Sahadan says
Adakah Proton menawarkan "buy back programe" untuk pemilik-pemilik proton yg sedia ada.
Anonymous says
Lawak laaa dual tone interior dia. Nampak murah sangat.
Syahwazz says
kau lagi lawak , dah tahu tak mampu beli kereta ni tak payah bising2 hahahahahahahaah, nak mahal belilah bugatti ke, bentley ke...tpi aq tau kw memang tak mampu beli kereta, so jangan meluah kat sini
Ahmad Albab says
Dalam web proton tidak dinyatakan kekuatan rangka Persona Baharu. Malaysia mewarisi rating dunia tertinggi kemalangan maut. Kebanyakan kereta Proton version lama hancur apabila kemalangan. Rakyat Malaysia kagum dengan ciri2 safety Persona Baharu. Tetapi apabila kekuatan rangka tidak dinyatakan membuatkan rakyat tertanya2 adakah Persona 2016 juga mudah hancur pada impak yang sama pada kereta lain. Sesungguhnya semua kereta keluaran Malaysia perlu menitik berat 100% kesemua ciri safety memandangkan Malaysia mempunyai statitik tertinggi kemalangan maut.