BEBERAPA minggu lalu, polis Itali mendapat panggilan kecemasan untuk menghantar ginjal derma dari Rom ke Padua dengan segera. Caranya bukan dengan bantuan polis pengiring atau helikopter, tetapi memandu Lamborghini Huracan!
Perjalanan hampir 480km itu biasanya mengambil masa lebih 4 jam, tetapi Huracan polis itu melakukannya sepantas kira-kira dua jam saja dengan kelajuan purata 230 kmj. Sebaik saja sampai di Hospital Universiti Gemelli, organ itu terus dibawa ke bilik bedah.
BACA >>> Debut Lamborghini Huracan Evo, Berkuasa 640hp, Tetapi Lebih Jinak Dipandu
BACA >>> Lamborghini Huracan Milik Pope Dilelong Lebih RM4 Juta
Detik dramatik itu dikongsikan klip video yang disiarkan dalam Twitter polis dengan ciapan;
Anda tidak perlukan kuasa luar biasa untuk menyelamatkan nyawa, kerana solidariti, teknologi dan kecekapan juga dapat melakukan kerja itu".
Ada banyak kereta peronda polis jenis Lamborghini Huracan di Itali yang siap dilengkapkan alatan merakam, kamera video, radio polis VHF, alat pemadam api mudah alih dan sistem refrigerasi dalam but depan yang direka khas untuk kerja penghantaran organ.
Adakah tugasan itu mampu dilakukan kenderaan lain? Jawapannya, ya dan tidak. Sebenarnya, tidak banyak model eksotik yang mampu memecut 230kmj pada jarak tersebut.
Misalnya, BMW 330i juga boleh memecut selaju itu. Namun, anda masih perlukan sistem refrigerasi yang menjadi ciri penting dalam penghantaran organ. Jadi, cuma Huracan sajalah model paling sesuai untuk melaksanakan tugasan berkenaan.
Grazie alla nostra @Lamborghini Huracan abbiamo trasportato in tempo il rene di un donatore per il trapianto a una persona
“Per salvare una vita non servono superpoteri” anche solidarietà, tecnologia ed efficienza aiutano @CNTrapianti @MinisteroSalute #essercisempre#5novembre pic.twitter.com/teUxqbMgvW— Polizia di Stato (@poliziadistato) November 5, 2020
Leave a Reply