• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Gale Speed Tawar Komponen Aftermarket Tuil Brek Ibu Jari untuk Yamaha YZF-R25

Gale Speed Tawar Komponen Aftermarket Tuil Brek Ibu Jari untuk Yamaha YZF-R25

November 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SPORTBIKE 250cc boleh dianggap sebagai jentera aras mula sebenar buat mereka yang baru berjinak-jinak ke dunia motosikal lebih besar seperti middleweigth dan superbike, atau berminat masuk trek.

Jika diubah suai penuh, bimbang mula imej original hilang. Jadi menggunakan komponen asli ialah alternatif yang ada untuk meningkatkan prestasi sedia ada.

Rim depan dan belakang, brek cakera, master silinder, dan kaliper daripada Gail Speed. Unit ekzos slip-on Akropovic berharga 41,800 yen (RM1,64o).

Pengeluar alat ganti prestasi motosikal, Gale Speed menawarkan komponen aftermarket YZF-R25 untuk menambah baik aspek pengendalian model itu. Antaranya ialah rim aluminium tempa, fork dan monoshock ringan untuk menghasilkan karakteristik yang tangkas dan sporty.

Kecekapan membrek dipertingkat menerusi kaliper radial 2-piston pada brek depan dan tuil ibu jari sebelah kiri untuk operasi brek belakang. Dua komponen itu menawarkan kawalan pengendalian lebih baik ketika menurunkan kelajuan di selekoh bagi mendapatkan postur membelok yang lebih meyakinkan.

1. Master Silinder Brek Ibu Jari Gale Speed

Komponen ini membolehkan penunggang mengawal brek belakang menggunakan ibu jari kiri, dan popular sejak era awal perlumbaan 90-an dulu. Kini banyak pengeluar sudah mula mengeluarkan komponen berkenaan sebaik saja sesebuah model selesai melakukan ujian litar. Harga 52,800 yen (RM2,075).

2. ​​Kaliper Brek Depan 2-Piston Gale Speed Elaborate (Radial 2P untuk Moto3)

Kaliper brek radial 2-piston untuk roda depan memiliki struktur 2-unit potongan 3D dengan material tempa. Piston aluminium disadur Kashima untuk lebih kuat dan lasak. Bahagian bolt lebih tebal 60mm dalam dua jenis, SCM dan titanium. Harga 68,200 yen (RM2,680).

yamaha-yzfr25-active 5
yamaha-yzfr25-active 6

Peg kaki dan hos merah ialah prototaip. Set fork dan monoshock daripada Hyper Pro berharga 159,500 yen (RM6,270). Unit hendal terpisah pula menyumbang kepada gaya tunggangan sporty, dijual pada harga 22,000 yen (RM860), manakala terotel dan suis kanan dibuat syarikat sama.

BACA >>> Wakil Jualan BSH Buka Pratempahan Honda CBR250RR (2020), Pelancaran Semakin Dekat?
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih
BACA >>> #ApaNakBuat: Kawasaki Indonesia Kongsi Tip Pasang Quick Shifter Ninja ZX-25R

SUMBER: YoungMachine

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Aftermarket, aksesori, Gale Speed, Komponen, produk selepas pasaran, roda2, Sportbike Suku Liter, Yamaha, Yamaha YZF-R25

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev