• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #ApaNakBuat: Kawasaki Indonesia Kongsi Tip Pasang Quick Shifter Ninja ZX-25R

#ApaNakBuat: Kawasaki Indonesia Kongsi Tip Pasang Quick Shifter Ninja ZX-25R

August 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CIRI Quick Shifter membolehkan penunggang melakukan anjakan transmisi dengan lancar yang membantu memendekkan masa penukaran gear.

Cara tipikal menukar gear, penunggang perlu menarik tuil klac tangan (kiri), dan pada masa sama menjungkitkan pedal gear guna kaki kiri sebelum melepaskan semula tuil klac untuk mendapatkan kesan anjakan gear lancar.

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

Jika sesebuah motosikal itu dilengkapi ciri Quick Shifter, apa perlu dilakukan adalah terus saja menganjakkan gear tanpa perlu risau tidak menarik tuil klac tangan.

Sistem inilah yang bertanggungjawab menjaga komponen sambung-nyahsambung (engaged-disengaged) klac ketika proses anjakan gear dibuat. Quick Shifter yang dibantu sensor atas papan (on-board) akan mengesan masa anjakan naik (upshift) gear berlaku.

DIY PASANG QUICK SHIFTER ZX-25R STANDARD

Ciri Quick Shifter pada model Kawasaki Ninja ZX-25R hanya ditawarkan untuk varian ABS-SE, dan tiada pada varian Standard. Namun mereka yang membeli varian selain ABS-SE tidak perlu bimbang kerana pemilik boleh memasang sendiri peranti tersebut.

Menariknya, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) mengeluarkan sendiri video pendek mengenai cara pemasangan peranti Kawasaki Quick Shifter (KQS) versi original.

Pertama, pemilik perlu cari dulu komponen Quick Shifter Kit Part No. 99994-1415. Menonton video itu, proses tidak begitu rumit, cuma tukar syif standard pada pedal kaki kiri dengan tuil Quick Shifter yang dilengkapi sensor.

Kabel dari sensor itu hanya perlu terus dipasangkan saja secara  plug-and-play ke soket sedia ada pada Ninja ZX-25R Standard. Kemudian, pemilik perlu mendaftarkan komponen OEM yang dipasangkan itu menggunakan perisian Sistem Komunikasi Kenderaan Pintar Kawasaki (Kawasaki Smart Vehicle Communication System, KVCS).

Caranya, masukkan kod menerusi perisian itu atau boleh buat di bengkel rasmi Kawasaki. Jika pemasangan berjaya, indikator KQS akan tertera pada panel meter dan boleh terus digunakan tanpa tetapan unit kawalan elektronik (ECU) kerana ditetapkan sistem secara automatik.

BACA >>> 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

1. Beli komponen Quick Shifter Kit Part No 99994-1415.
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_2
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_3
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_4
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_5
2. Tanggalkan fairing kiri di tepi dan atas.
3. Tanggalkan tie-rod, bolt dan clamp tuil gear.
4. Pasang sensor Quick Shifter sebelum diletakkan pada motosikal.
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_4
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_3
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_2
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_1
5. Pasangkan Quick Shifter dan pastikan jarak betul.
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_1
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_2
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter_3
Kawasaki ZX-25R Quick Shifter
6. Sambungkan kabel kepada sambungan Quick Shifter yang disediakan ZX-25R standard

7. Sambungkan komputer dengan motosikal menerusi perisian KVCS.

8. Masukkan kod komponen dan masukkan ke KVCS, periksa panel meter.

BACA >>> Perbandingan: Data Dyno Kawasaki Ninja ZX-25R vs Honda CBR250RR
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih

Artikel Berkaitan

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: apanakbuat, autotainment, ekzos motosikal Roda2, Ekzos ZX-25R, Kawasaki Indonesia, Kawasaki Motor Indonesia (KMI), Kawasaki ZX-25R, roda2, sportbike, sportbike 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my