• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Finja 500 - Lagi Sportbike Ciplak Buatan China, Kawasaki Ninja ZX-10R Pula Jadi Mangsa

Finja 500 - Lagi Sportbike Ciplak Buatan China, Kawasaki Ninja ZX-10R Pula Jadi Mangsa

November 16, 2020 By Admin PanduLaju 2 Comments

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI CHINA, apa saja rekabentuk produk boleh dibikin kerana undang-undang plagiat dan hak cipta di sana sangat longgar. Sudah banyak produk automotif sama ada dua roda dan empat roda menjadi mangsa ciplak di republik komunis itu.

Walaupun pengilang automotif China didapati bersalah melakukan aktiviti plagiarism dalam rekabentuk, termasuk berdepan tuntutan undang-undang dunia, nampaknya itu semua langsung tidak membuatkan mereka serik. Malah masih meneruskan trend sama.

Jika September lalu, BMW S1000RR menjadi mangsa syarikat motosikal Moto menerusi model  S450RR, terbaharu muncul pula pengeluar tempatan lain menggunakan konsep sama dengan meniru produk sedia ada di pasaran.

Model diperkenalkan itu ialah Finja 500 yang sekali pandang mirip superbike Kawasaki Ninja ZX-10R, tetapi dengan trenkuasa berbeza. Persamaan yang boleh dicam ialah rekaan lampu depan dan belakang.

Malah grafik dan warna badan Finja 500 turut meniru ZX-10R, cuma tidak sekemas versi original yang tertera lencana 'Finja' pada fairing sisi. Lampu depan boleh dikatakan 80 peratus mirip ZX-10R, dan apa yang tidak sama ialah LED dan cermin lampu. Begitu juga rekaan belakang tirus dan bentuk lampu sama dengan sportbike Jepun tersebut.

Pemuka tengah hendal memiliki rekaletak sama, tetapi berbeza antara muka elektronik. Dijana enjin dwi-silinder 500cc, Finja 500 dikatakan berkuasa 50hp. Perbezaan lain dapat dilihat pada paip ekzos dan bahagian roda yang dipadankan tabung minyak pada fork terbalik (USD) dan ciri Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS).

ZX-10R versi bajet itu dianggarkan berharga kira-kira RM8,000 sahaja.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-10R KRT (2020) Tiba di Vietnam, Harga RM104k
BACA >>> Klon BMW S1000RR Buatan China Ini Cuma Berharga RM8k!
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Penjagaan Wiper Supaya Tahan Lama

Related

3.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Finja 500, Kawasaki, kawasaki zx-10r, roda2, Sportbiike, superbike

Comments

  1. TheCleanerX says

    November 19, 2020 at 2:51 PM

    8k? Ada yg bawak masuk Malaysia X🤣 Finja pun Finja la... Nanti tepek decal Kawasaki, bukan pompuan kenal🤣 dapat sangkut awek ni....

    Reply
  2. rmand says

    December 2, 2020 at 7:25 AM

    Ok sgt ni....yg penting gaya...kelajuan & ketahanan blkg citer...sdgkn naza blade bley convert ke panigale...ni bli dh dpt yg dh siap...murah plk tu....murah dri y suki....kikikiki

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev