• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Lancar PCPO, Laman Web Jual Beli Kereta Terpakai dengan Ekstra Waranti!

Proton Lancar PCPO, Laman Web Jual Beli Kereta Terpakai dengan Ekstra Waranti!

November 12, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

187
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON menawarkan cara mudah membeli kereta terpakai menerusi laman web 'Proton Certified PreOwned (PCPO)'.

Laman web itu membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat stok kereta di 36 pengedar seluruh negara dan menukar beli (trade-in) kenderaan bagi mendapat tawaran hebat membeli kereta Proton baharu.

Jualan kereta terpakai bakal meningkatkan pembelian model baharu Proton kerana proses menukar beli akan dibuat secara efisien. Proses jual beli kereta terpakai itu turut menyumbang kepada peningkatan kadar kereta baharu Proton apabila jumlah jualan syarikat naik mendadak tahun lalu.

Justeru bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) ditubuhkan dan ditugaskan membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai dengan kereta baharu.

Program PCPO asalnya bermula dengan lapan pengedar dan kini meningkat kepada 36 pengedar. Setiap pengedar perlu memenuhi syarat, dari segi kewangan dan praktikal, serta bersetuju mengambil langkah diperlukan dalam menyediakan stok tukar beli sebelum dijual.

Contohnya, setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh 201 poin dan diberikan bateri, minyak enjin dan penapis minyak baharu. Syarat lain menyertau program PCPO ialah:

  • Usia kenderaan kurang 7 tahun.
  • Jarak perbatuan tidak lebih 130,000km.
  • Bebas kerosakan akibat banjir, atau kemalangan major yang menjejaskan struktur casis.

Semua kereta PCPO akan diberikan tambahan waranti setahun untuk bahagian enjin dan transmisi, termasuk servis percuma yang boleh ditebus hingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran.

Menariknya, jenama selain Proton yang ditukar beli turut dijual di laman web PCPO. Namun, kenderaan bukan Proton itu tidak menerima jaminan tambahan, cuma menjalani pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum dijual kepada pelanggan.

BACA >>> #PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!
BACA >>> #RetroAuto: 10 Tahun Lalu Proton Pernah Jual Model Paling Mahal Bernilai RM115k
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini

Related

187
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2016 Proton Perdana, Auto Terkini, Beli Kereta Terpakai, Kereta Terpakai Proton, Laman Web, Laman Web PCPO, Proton, Proton Certified PreOwned (PCPO), PROTON Holdings Berhad, Trade-In Kereta Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev