• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Porsche, Embraer Tawar Pakej 'Duet', Beli Jet Dapat 911 Turbo S dengan Harga RM45j!

Porsche, Embraer Tawar Pakej 'Duet', Beli Jet Dapat 911 Turbo S dengan Harga RM45j!

November 16, 2020 By Azizi H Leave a Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kereta sport dari Jerman, Porsche bekerjasama dengan konglomerat aeroangkasa dari Brazil, Embraer untuk menawarkan pakej 'Duet', iaitu tawaran 911 Turbo S apabila membeli jet peribadi edisi terhad Phenom 300E.

911 Turbo S adalah antara kereta jalanan terpantas dunia yang boleh dimiliki buat masa ini. Model sport pacuan enjin belakang ini dijana enjin 6-silinder sebaris pengecas turbo berkuasa 640hp dengan pecutan 0-100kmj  sepantas 2.2 saat.

Phenom 300E pula jet pilot-tunggat terpantas dengan kelajuan maksimum 464 knot atau 860kmj. Ia juga pesawat udara dengan jarak penerbangan jauh yang mampu membawa lima penumpang sejauh 3,722km di udara dengan tingkap terbesar dalam kelas.

BACA >>> Porsche 911 Carrera S dan Carrera 4S Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM1.15 juta

Jika beli pakej 'Duet', dua kenderaan itu akan mendapat cat dwi-tona khas yang menggabungkan warna Platinum Silver Metallic (perak) dan Jet Gray Metallic (kelabu). Jalur trim krom menyerlahkan lagi kemasan kelabu.

Porsche 911 Turbo S, P300E [14]
Porsche 911 Turbo S, P300E [20]
Porsche 911 Turbo S, P300E [16]
Porsche 911 Turbo S, P300E [15]

Menjengah ruang kabin kereta, kelihatan banyak sentuhan unik seperti nombor pendaftaran individu pesawat, dan sil pintu cahaya merah bertulis 'No Step' seperti ditemui sayap pesawat.

Sebagai tambahan, kabin Porsche dihasilkan secara buatan tangan sentuhan divisyen khas Porsche Exclusive Manufacktur dengan kemasan kulit hitam dwi-tona dan kapur eksklusif bersama sulaman benang biru. Pelapik kepala Alcantara, dekorasi gentian karbon, dan stereng dwi-tona melengkapkan visual moden model tersebut.

911 Turbo S bukan satu-satunya produk yang anda dapat daripada pakej 'Duet' itu. Ada set bagasi kulit buatan tangan juga bakal dimiliki. Embraer pula memberikan jam tangan edisi istimewa, 1919 Globetimer UTC.

Pakej ini cuma ditawarkan 10 unit sahaja. Jadi berapakah harganya?

Tiada angka rasmi diberikan, tetapi varian premium 911 Turbo S (2021) berharga hampir AS$300,000 (RM1.23 juta), manakala Phenom 300E dijangka bernilai lebih AS$10 juta (RM41.2 juta). Jika mengambil pakej 'Duet', nilai keseluruhan mungkin mencecah AS$11 juta (RM45.3 juta).

Berbaloi tak?

Porsche 911 Turbo S, P300E [1]
Porsche 911 Turbo S, P300E [2]
Porsche 911 Turbo S, P300E [3]
Porsche 911 Turbo S, P300E [4]
Porsche 911 Turbo S, P300E [5]
Porsche 911 Turbo S, P300E [6]
Porsche 911 Turbo S, P300E [7]
Porsche 911 Turbo S, P300E [8]
Porsche 911 Turbo S, P300E [9]
Porsche 911 Turbo S, P300E [10]
Porsche 911 Turbo S, P300E [11]
Porsche 911 Turbo S, P300E [12]
Porsche 911 Turbo S, P300E [13]
Porsche 911 Turbo S, P300E [14]
Porsche 911 Turbo S, P300E [15]
Porsche 911 Turbo S, P300E [16]
Porsche 911 Turbo S, P300E [17]
Porsche 911 Turbo S, P300E [18]
Porsche 911 Turbo S, P300E [19]
Porsche 911 Turbo S, P300E [20]
Porsche 911 Turbo S, P300E [21]
Porsche 911 Turbo S, P300E [22]
Porsche 911 Turbo S, P300E [23]

SUMBER: TheNewsWheel

Related

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1919 Globetimer UTC, Auto Terkini, Embraer, Embraer Phenom 300E, Pakej 'Duet', Porsche, Porsche 911 Turbo S, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev