MARC Marquez menerusi akaun Twitter mengesahkan tidak dapat berlumba untuk baki perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini berdasarkan status terkini kecederaan lengannya.
Berita itu turut diciapkan semuala dalam Twitter HRC MotoGP yang mana pelumba itu menyatakan kecederaan dialami awal tahun ini memaksa dia berehat akibat kecederaan patah lengan selepas terjatuh pada pusingan GP Jerez, Julai lalu.
Marquez menulis;
Musim ini aku takkan bersaing lagi. Selepas tengok tangan ni dengan doktor-doktor dan pasukan aku, kami buat keputusan pilihan terbaik adalah kembali tahun depan. Ini masa untuk terus dengan pemulihan. Terima kasih atas mesej sokongan. Harap dapat kembali pada 2021."
This season I will not compete again. After evaluating how the arm is doing with the Doctors and my team, we have decided that the best option is to return next year. It's time to continue with the recovery. Thanks for the messages of support. Looking forward to returning in 2021 pic.twitter.com/WlQI3BntTN
— Marc Márquez (@marcmarquez93) November 10, 2020
HRC juga mengesahkan Stefan Bradl akan terus berlumba sebagai pengganti Marquez dalam dua baki perlumbaan lagi.
Marquez terbabas dalam kelajuan tinggi hingga menyebabkan lengannya patah ketika beraksi di Jerez dan memerlukan pelumba Sepanyol itu menjalani pembedahan memasukkan plat titanium pada tulang humerus kanan.
Lebih malang, Marquez terpaksa menjalani pembedahan kali kedua untuk menggantikan plat tulang lengan yang patah itu selepas mengadu sakit hingga gagal meneruskan saingan di GP Andalusia. Malah, pembedahan itu turut menghalang beliau meneruskan perlumbaan di GP Brno, Republik Czech.
Ketiadaan juara dunia enam kali itu memberi ruang kepada pelumba lain bergelar juara dunia musim ini.
BACA >>> Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja
BACA >>> Marquez Tunjuk Imej Sinar-X Tulang Tangan Patah, Kena Masuk 12 Skru
Leave a Reply