PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan mewakili NTS RW Racing GP untuk saingan Moto2 dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2021.
Pelumba berusia 26 tahun itu kembali berlumba dalam Moto2 bersama pasukan Angel Nieto selepas dua musim menyertai kelas premier (MotoGP) untuk dua pasukan berbeza. Beliau akan bersama rakan pelumba baharu dari Belgium, Barry Baltu yang baru berusia 16 tahun.
Hafizh berkata;
Saya gembira kekal dalam Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Saya tahu usaha yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah jentera baharu, tetapi saya percayakan projek ini. NTS dan pasukan ini banyak membuat penambahbaikan jentera dalam masa agak singkat, satu demi satu.
"Saya harap dengan pengalaman dan maklum balas saya, kami akan buat perubahan besar. Saya yakin kami boleh menghasilkan sesuatu lebih baik bersama. Saya tidak beraksi pada tahap terbaik musim ini dan sebab itulah saya sangat gembira dan berterima kasih dengan keyakinan NTS RW Racing GP terhadap saya," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen (foto atas) berkata, pasukan itu gembira dan bangga kerana berjaya mendapatkan khidmat Hafizh yang bukan saja berpengalaman, tetapi juga pelumba berbakat.
"Kami semakin baik dan kukuh setiap minggu tetapi masih lagi dalam proses menbangunkan jentera itu. Input dan maklum balas daripada pelumba seperti Hafizh sangat penting dalam proses ini," katanya.
NTS RW Racing GP akan memulakan musim baharu dengan ujian persendirian pada 26 dan 27 November ini di Jerez, Sepanyol.
BACA >>> Hafizh Masih Mahu Berlumba, Tapi...
BACA >>> #SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply