• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / NTS RW Racing GP Tagih Khidmat Hafizh Syahrin dalam Moto2 Musim Depan!

NTS RW Racing GP Tagih Khidmat Hafizh Syahrin dalam Moto2 Musim Depan!

November 9, 2020 By AI Leave a Comment

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan mewakili NTS RW Racing GP untuk saingan Moto2 dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2021.

Pelumba berusia 26 tahun itu kembali berlumba dalam Moto2 bersama pasukan Angel Nieto selepas dua musim menyertai kelas premier (MotoGP) untuk dua pasukan berbeza.  Beliau akan bersama rakan pelumba baharu dari Belgium, Barry Baltu yang baru berusia 16 tahun.

Hafizh berkata;

Saya gembira kekal dalam Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Saya tahu usaha yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah jentera baharu, tetapi saya percayakan projek ini. NTS dan pasukan ini banyak membuat penambahbaikan jentera dalam masa agak singkat, satu demi satu.

"Saya harap dengan pengalaman dan maklum balas saya, kami akan buat perubahan besar. Saya yakin kami boleh menghasilkan sesuatu lebih baik bersama. Saya tidak beraksi pada tahap terbaik musim ini dan sebab itulah saya sangat gembira dan berterima kasih dengan keyakinan NTS RW Racing GP terhadap saya," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen (foto atas) berkata, pasukan itu gembira dan bangga kerana berjaya mendapatkan khidmat Hafizh yang bukan saja berpengalaman, tetapi juga pelumba berbakat.

"Kami semakin baik dan kukuh setiap minggu tetapi masih lagi dalam proses menbangunkan jentera itu. Input dan maklum balas daripada pelumba seperti Hafizh sangat penting dalam proses ini," katanya.

NTS RW Racing GP akan memulakan musim baharu dengan ujian persendirian pada 26 dan 27 November ini di Jerez, Sepanyol.

BACA >>> Hafizh Masih Mahu Berlumba, Tapi...
BACA >>> #SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?

SUMBER: AstroAwani

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2021 MotoGP, autoterkini, Barry Baltu, Hafiz Syahrin, Hafizh Syahrin Abdullah, Jarno Janssen, Kejuaraan Dunia MotoGP, Moto2, MotoGP 2021, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my