• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Donckerwolke Kembali Sertai Hyundai Sebagai Ketua Pegawai Kreatif (CCO)

Donckerwolke Kembali Sertai Hyundai Sebagai Ketua Pegawai Kreatif (CCO)

November 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEREKA automotif dari Belgium, Luc Donckerwolke kembali semula ke Hyundai Motor Group (Hyundai) selepas enam bulan meninggalkan gergasi automotif dari Korea Selatan itu.

Donckerwolke menyertai Hyundai dengan jawatan baharu sebagai Naib Presiden Eksekutif yang bakal ditempatkan di Pusat Teknikal Hyundai Motor Europe di Rüsselsheim, Jerman yang mana dia juga akan menjadi Ketua Pegawai Kreatif (CCO) Hyundai dan Ketua Komunikasi Rekabentuk untuk Hyundai.

BACA >>> Hyundai Group Lantik Pereka Lambo, Bentley Sebagai Ketua Pereka Baharu

luc-donckerwolke
luc-donckerwolke-hyundai

Sebelum ini, Donckerwolke bertugas di Korea Selatan dari 2016 hingga April 2020 dan bertanggungjawab menghasilkan pelbagai model baharu seperti Genesis 80 terbaru, G90 dan GV80 serta Hyundai Tucson, Hyundai Prophecy dan kereta konsep Genesis Essentia.

Terdahulu, beliau pernah bekerja di Volkswagen Group sebagai ketua pereka di Lamborghini, Seat dan Bentley. Antara model hebat mendapat sentuhannya ialah Lamborghini Diablo VT, Murcielago, Gallardo, Audi A4 Avant, jentera lumba Audi R8 Le Mans dan Audi A2, termasuk Bentley Flying Spur dan EXP 10 Speed 6.

Luc Donckerwolker dengan Genesis Essentia Concept

Donckerwolke juga  berperanan dalam projek Genesis baharu dan tugas baharu sebagai  CCO selain membentuk subjenama Ioniq EV dan kenderaan hidrogen masa depan. Beliau akan terlibat dalam pembuatan model konsep baharu dan projek usahasama dengan pereka industri lain.

Sementara itu, Pereka Jabatan Rekabentuk Global Hyundai dan Genesis, SangYup Lee dan Ketua Pereka Kia, Karim Habib sebagai Ketua Pereka Kia masih kekal.

BACA >>> #Tahukah Anda: Inilah Teknologi Enjin Smartstream Hyundai yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Jiran dari NerakaParkir Depan Rumah Kita?

SUMBER: CarScoops

Related

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, hyundai, Hyundai Motor Group, Ketua Komunikasi Rekabentuk, Ketua Pegawai Kreatif (CCO), Luc Donckerwolke, Pusat Teknikal Hyundai Motor Europe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev