SIKAP segelintir penunggang motosikal berkuasa 250cc ke bawah yang menunggang melulu dengan mencelah tengah kenderaan dan menggunakan laluan laju menjadi punca utama kemalangan melibatkan kenderaan dua roda itu.
Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Suret Singh berkata, lebih 4,000 penunggang motosikal maut dengan purata 11 kematian setiap hari sepanjang tahun lalu.
Kajian MIROS juga mendapati 50 peratus kemalangan berlaku di jalan persekutuan, diikuti kemalangan jalan perbandaran (19 peratus), jalan negeri (16 peratus), jalan kawasan perumahan (12 peratus) dan lebuh raya (3 peratus).
Suret berkata,
Hasil kajian MIROS pada 2012 hingga 2017 mendapati hanya 3 peratus kemalangan membabitkan penunggang motosikal berlaku di lebuh raya kerana mereka menggunakan laluan kiri berbanding kanan.
“Pemerhatian kami mendapati motosikal kelas berkenaan gemar menggunakan laluan laju, sedangkan kelajuan di laluan itu boleh mencecah hingga 120kmj berbanding kelajuan di lorong kiri 70kmj.
“Jadi, sudah tiba masa penunggang motosikal memupuk kawalan kendiri dengan mengutamakan keselamatan jalan raya dengan menunggang di laluan sebelah kiri bagi mengurangkan risiko kemalangan maut."
Beliau berkata lagi, motosikal kelas itu (250cc ke bawah) tidak sesuai berada di lorong kanan kerana sistem brek tidak secekap kenderaan berkuasa tinggi.
Menurutnya, mana-mana penunggang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan berbahaya.
BACA >>> Kemalangan Ketika Pandu Uji Subaru Forester, Benarkah EyeSight Tidak Berfungsi?
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Seberapa Tepatkah Spidometer Motosikal Anda?
SUMBER: Bernama
Leave a Reply