KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan bakal menukar laluan motosikal di Putrajaya kepada laluan berbasikal dalam usaha menjadikan wilayah pentadbiran itu mesra sukan berbasikal.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menukarkan laluan sedia ada yang digazetkan sebagai laluan motosikal kepada lorong berbasikal.
Menurutnya, Putrajaya mempunyai laluan motosikal yang bertujuan mengasingkan kenderaan dua roda itu dengan kenderaan lain, tetapi tidak ramai penunggang menggunakannya. Jadi, kemementerian mahu mengubah suai laluan itu menjadi laluan berbasikal.
Annuar menjelaskan, laluan berbasikal kitu terdiri daripada bulatan luar sejauh 34km dan bulatan dalam kira-kira 15km yang dijangka siap satu atau dua bulan nanti.
ADA PELBAGAI KEMUDAHAN
Kementerian juga merancang menyediakan kemudahan lain seperti kafe, bengkel dan kedai alat ganti basikal, termasuk kawasan parkir kereta untuk penunggang basikal melakukan aktiviti itu di Putrajaya.
Justeru persatuan berbasikal dan pihak berkaitan akan dijemput untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai keselamatan jalan raya, terutama keselamatan penunggang basikal dan pengguna jalan raya lain. Idea sama juga akan dibuat di Kuala Lumpur, tetapi masih di peringkat awal.
Antaranya mengenal pasti kawasan tasik yang sesuai di ibu kota untuk pembinaan lorong berbasikal.
BACA >>> Tidak Boleh Lagi Berbasikal di Lebuh Raya, Kecuali...
BACA >>> Azizulhasni Cadang Bina Litar Basikal Macam Thailand, Korea
SUMBER: Bernama
Leave a Reply