• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 9 Pemandu Mabuk Didakwa Akta Bahru, Penjara 7 Hari, Denda RM10k, Gantung Lesen 2 Tahun

9 Pemandu Mabuk Didakwa Akta Bahru, Penjara 7 Hari, Denda RM10k, Gantung Lesen 2 Tahun

October 26, 2020 By Azizi H Leave a Comment

315
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERAMAI sembilan individu di Johor Bahru menjadi antara kumpulan pertama yang akan didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan Pindaan 2020 yang dikuat kuasakan Jumaat lalu kerana memandu di bawah pengaruh alkohol

Tertuduh terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 dan 56 tahun. Masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan, iaitu 50mg dalam 100ml darah pada 23-25 Oktober sekitar Johor Bahru.

Majistret Nur Asidah A Rahman menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dari tarikh sabitan kes, denda RM10,000 dan hilang kelayakan lesen memandu dua tahun terhadap lapan tertuduh terbabit. Bagaimanapun, seorang mengaku tidak bersalah dan dikenakan jaminan RM13,000 dan sebutan kes akan dibuat 26 November depan.

Kerajaan baru-baru ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah jalan raya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45, berkuat kuasa 23 Oktober lalu.

Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2020 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara hingga dua tahun dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

BACA >>> Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!
BACA >>> Gara-Gara Mabuk, Lelaki Maut Kereta Terjun Sungai

SUMBER: SinarHarian

Related

315
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, pemandu mabuk, RUU Pengangkutan Jalan, Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan Pindaan 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev