MODIFIKASI tayar besar sudah jadi trend dalam kalangan pemilik kapcai 150cc di Malaysia, begitu juga di negara jiran, Indonesia, juga tidak ketinggalan.
Bagaimanapun, banyak modifikasi perlu dibuat sebelum memasang komponen tersebut, lebih-lebih jika motosikal itu jenis kapcai seperti Yamaha MX King 150 (Malaysia: Y15ZR) yang cuma ada klamp tripel bawah (lower triple clamp), tanpa klamp tripel atas (upper triple clamp) seperti sportbike.
Namun, jika berminat memasang fork terbalik (USD), ada beberapa tetapan perlu dibuat seperti mana dikongsikan bengkel Arkha Motor ini yang pernah menggunakan unit suspensi Ducati Panigale 1198 pada MX King 150.
Perkara pertama perlu dilakukan, ukur lebar rim dan klamp tripel supaya boleh dipadankan pada MX King. Absorber dipotong 45sm. Disebabkan fork USD memiliki ciri elektronik, semua perlu ditanggalkan. Klamp tripel kustom CNC menerima pemegang aluminium sebagai stabiliser supaya absorber kekal kuat walaupun dipotong.
Akhirnya tiub USD jadi sangat pendek kerana menggunakan klamp tripel bawah. Begitu juga lebar tripel kustom yang disesuaikan mengikut ruang sempit pada badan MX King 150. Macam leceh je kan?
BACA >>> Selepas Teruk Kena Bahan Giliran Shuib Pula Tayang YSuku Power dan Sindir Zizan
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Tip Panaskan Enjin Kereta Tanpa Bazir Minyak, Cemar Alam
Leave a Reply