• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / [SIRI 1] Cerita Benny & Toyota Celica GT2000 Liftback: Teruja Bawa Balik Retro Jepun 70-an

[SIRI 1] Cerita Benny & Toyota Celica GT2000 Liftback: Teruja Bawa Balik Retro Jepun 70-an

August 4, 2016 By Azhan O 1 Comment

234
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Celica generasi pertama bukanlah kereta klasik Jepun paling mahal di pasaran, tetapi mungkin antara model retro tercantik. Diperkenalkan pada 1970 di Amerika, Toyota Celica ialah coupe sport dengan enjin depan dan pacuan roda belakang (RWD). Toyota menerusi Celica berhasrat bersaing dengan model popular Ford Mustang, sekali gus menempah nama di pasaran Barat.

Hari ini, Toyota Celica original termasuk dalam senarai antara model klasik Jepun paling diburu disebabkan ciri kehalusan rekabentuk kereta era 1970-an yang dimiliki jentera itu. Bersama gaya liftback yang semestinya menjadi cita rasa peminat kereta Eropah dan Amerika, Toyota Celica hadir dengan enjin 4-silinder dua karburetor dan karakter pemanduan menyeronokkan!

CERITA BENNY DAN CELICA

Benny ialah salah seorang pemilik yang bertuah dapat memiliki Toyota Celica GT2000 Liftback. Menurut Benny, ramai peminat kereta sering terkeliru antara Celica dan Skyline, Datsun atau Mustang kerana garis badan dan lampu belakang nampak seakan sama.

Benny dalam satu forum permotoran berkata, dia membeli Toyota Celica pada Krismas 2014 di Australia sebagai pengganti kepada Honda Prelude yang pernah dibikinnya sebelum ini. Jadi, dia meluangkan masa melihat laman-laman lelong dan iklan jualan dan akhirnya menemui Toyota Celica keluaran 1976 jenis GT2000 Liftback dengan perbatuan 62000km!

Berikut ialah rupa Toyota Celica dalam iklan yang dilihat Benny:

celica-advert-1
celica-advert-2
celica-advert-3
celica-advert-4

Tanpa berlengah, Benny terus membeli kereta idamannya itu, lalu berkongsi foto-foto yang dirakamkan sendiri kepada rakan-rakan forum. Menurutnya, suspensi depan sengaja dijek tinggi untuk melindungi bibir bampar depan kerana kereta itu akan dimuatkan dalam kapal sebelum dihantar balik ke Britain. Akhirnya Toyota Celica milik Benny tiba di Southampton pada 27 April tahun lalu.

Lihatlah muka Benny dalam video YouTube di bawah, begitu teruja dan gembira tidak terkata!

celica-lepas-beli-1
celica-lepas-beli-3
celica-lepas-beli-2

RESTORASI MINIMUM

Apa lagi, Benny terus saja memulakan kerja-kerja restorasi pertamanya iaitu menggantikan kit lampu halogen yang dibeli di eBay pada harga £55 (RM296) dari Vintage Warehouse 65, termasuk mengilatkan semula gelang lampu dengan Autosol.

celica-convert-1
celica-convert-2
celica-convert-3
celica-convert-4

Kemudian, Benny tukar pula sistem suspensi asal yang ketika pertama kali dipandu uji ada kedengaran bunyi bising spring daripada suspensi belakang. Apabila dijek naik, rupa-rupanya suspensi kereta itu menggunakan spring yang dipotong. Memang nampak cantik dipandang, tetapi tidak seronok langsung dilenjan. Melantun-lantun.

Langkah pertama dilakukan Benny adalah mencuba menggunakan spring Honda Accord Type R lama yang dipinjam daripada seorang rakannya, tetapi profil kereta jadi terlalu tinggi pula. Jadi, selepas melakukan beberapa kajian sendiri, Benny memutuskan memasang spring depan Ford Escort MK1 sebagai ganti dan hasilnya menjadi!

Tinggi kereta dengan spring belakang Honda Accord Type R lama.
Tinggi kereta dengan spring belakang Honda Accord Type R lama.
Spring baharu, Ford Escort MK1.
Spring baharu, Ford Escort MK1.
Dari kiri: spring asal, Type R dan Escort MK1.
Dari kiri: spring asal, Type R dan Escort MK1.
Profil kereta selepas dipasang spring Escort MK1.
Profil kereta selepas dipasang spring Escort MK1.
Pandangan tiga suku kereta yang mengancam.
Pandangan tiga suku kereta yang mengancam.

Akhirnya, selesailah sudah fasa pertama Toyota Celica milik Benny yang siap sedia beraksi di pameran kereta Jepun terbesar Britain, Japfest. Di bawah ini ialah foto-foto menarik yang diambil beberapa jurugambar sepanjang acara berlangsung. Dia juga sempat bermesra dengan keretanya itu di atas trek.

Jom kita layan dulu gambar kereta budak Benny ni. Geram sungguh!

celica-japfest-1
celica-japfest-2
celica-japfest-3
celica-japfest-4
celica-japfest-5
celica-japfest-6
celica-japfest-7
celica-japfest-9
celica-japfest-10
celica-japfest-8
celica-japfest-11
celica-japfest-12

Related

234
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Celica, Modifikasi, Toyota Celica, Toyota Celica GT200 Liftback

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev