• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Misteri Saga FLX Tak Ada Pemandu Rempuh Bank Terjawab...

Misteri Saga FLX Tak Ada Pemandu Rempuh Bank Terjawab...

October 21, 2020 By Azizi H Leave a Comment

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKIBAT tidak mematikan enjin, sebuah kereta jenis Proton Saga FLX milik seorang wanita bergerak sendiri dan merempuh pintu kaca sebuah bank hingga berderai dalam insiden yang berlaku pagi tadi di Sipitang, Sabah.

Kereta itu ditinggalkan pemandu wanita berusia 29 tahun dalam keadaan enjin masih hidup bersama dua anaknya, lelaki dan perempuan yang berusia 2 dan 5 tahun untuk melakukan urusan perbankan.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, siasatan awal mendapati kereta wanita itu diparkir di depan bank sebelum dia keluar beratur di mesin juruwang automatik (ATM).

BACA >>> MIROS: Bina Banyak Laluan Khas Motosikal Mampu Kurangkan Kemalangan

Namun, ketika sedang beratur, tiba-tiba orang awam menjerit kerana kereta ditinggalkan itu tiba-tiba bergerak sendiri dan melanggar pintu utama bank hingga pecah. Mujurlah, dua anaknya dan orang awam dalam bank tidak mengalami sebarang kecederaan.

Champin berkata, siasatan mendapati kecuaian berlaku kerana wanita itu meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup dan gear berada pada posisi 'D' (drive). Kes kini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu gagal mengawal kenderaan ketika memandu dan menyebabkan kemalangan.

BACA >>> Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang

SUMBER : SinarHarian

Related

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Proton Saga FLX, Proton Saga FLX Rempuh Bank

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev