• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Koordinator Lagak Ngeri Dedah Rahsia Dodge Charger Heret Peti Besi dalam Filem 'Fast Five'

Koordinator Lagak Ngeri Dedah Rahsia Dodge Charger Heret Peti Besi dalam Filem 'Fast Five'

October 27, 2020 By Azizi H Leave a Comment

636
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEJAM celik sudah 19 tahun sejak kali pertama filem Fast & Furious muncul di pawagam. Filem penuh aksi dibintangi aktor Vin Diesel dan mendiang Paul Walker itu cukup popular dalam kalangan peminat antarabangsa kerana memaparkan aksi lagak ngeri luar biasa menggunakan kenderaaan prestasi tinggi.

Antara babak tidak boleh dilupakan ialah aksi Dominic Toretto dan Conor O'Brian membawa dua Dodge Charger sambil menarik peti besi dalam filem Fast Five.

BACA >>> #PanduUji: BMW 630i GT - Fastback Berprestasi Serba Mewah yang Praktikal

Kejayaan mencuri besi seberat 4 tan dari balai polis terbesar Brazil itu menjadi tanda tanya peminat filem tersebut. Ada mendakwa babak itu cuma kesan imej janaan komputer (CGI) semata-mata. Namun, tidak semua aksi dalam filem itu dibikin atas skrin hijau sahaja.

Pada 2019, koordinator lagak ngeri, Jack Gill mendedahkan rahsia di sebalik tabir Fast Five dalam laman YouTube. Filem itu menelan belanja AS$125 juta (RM518 juta) untuk membiayai kos seperti kenderaan dan rawatan pelakon aksi ngeri yang cedera bagi menjayakan babak luar biasa itu.

Menurut Gill, muslihat digunakan untuk 'menarik' peti besi itu adalah mengubah suai bahagian dalam bagi menempatkan stereng dan empat tayar yang  dibuat supaya ia mudah digerakkan dan diheret dua Dodge Charger.

Bagi menampakkan lebih realistik, Gill dan pasukannya membina trak kecil yang disorokkan dalam peti besi tersebut. Ini dilakukan untuk memudahkan pemanduan peti besi berkenaan, sekali gus menjayakan babak mustahil tersebut.

BACA >>> 'Fast & Furious' di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik

Jadi, babak itu memang idea hebat  kerana tidak mahu bergantung kepada CGI, sebaliknya pihak produksi Fast Five sanggup mengambil risiko semata-mata untuk membuatkan orang ramai lebih menghargai nilai filem tersebut.

Anda boleh tonton video penjelasan Gill di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai babak penuh aksi itu.

SUMBER: JayGarret | TheVocket | YouTubeVanityFair

Related

636
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Conor O'Brian, Dodge Charger, Dominic Toretto, Fast Five, filem, filem Hollywood, Jack Gill

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev