• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Pam Minyak: Mazda Malaysia Panggil Balik 6 Model 2017-2019

Masalah Pam Minyak: Mazda Malaysia Panggil Balik 6 Model 2017-2019

October 20, 2020 By Azizi H Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMAZ Motor mengumumkan notis panggil balik melibatkan 19,685 unit kenderaan Mazda di Malaysia untuk ditukar modul pam bahan api.

Berdasarkan maklumat Mazda Jepun, model-model yang terlibat ialah Mazda2, Mazda3, Mazda 6, CX-3, CX-5 dan CX-9 keluaran 2017-2019. Bagaimanapun, semua model 2020 tidak terjejas dengan notis panggil balik berkenaan.

Menurut Mazda, kerosakan modul pam bahan api itu boleh menyebabkan masalah enjin berhenti mengejut di tengah jalan. Notis panggil balik tersebut bukan saja melibatkan model Mazda di Malaysia, tetapi juga luar negara. Malah, ada jutaan kenderaan jenama lain turut terkesan sama seperti Toyota, Honda dan Perodua kerana menggunakan pam bahan api sama buatan Denso.

BACA >>> Mazda Perkenal Siri Carbon Edition (2021) dengan Warna Kelabu Kusam Baharu

Berikut model Mazda terkesan mengikut unit kenderaan:

  • Mazda2 - 2,028 unit
  • Mazda3 - 1,441 unit
  • Mazda6 - 13 unit
  • CX-3 - 381 unit
  • CX-5 - 15,780 unit
  • CX-9 - 42 unit

Semua pemilik akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dan dinasihatkan menghubungi pusat perkhidmatan Mazda sah untuk membuat janji temu.

Pemilik juga boleh memeriksa status kenderaan Mazda masing-masing dengan memasukkan  nombor pengenalan kenderaan (VIN) di laman web Mazda Malaysia.

Proses penukaran akan dilakukan percuma dengan semua kos ditanggung Bermaz Motor, dan mengambil masa kira-kira sejam setengah atau lebih lama mengikut jenis model dan beban kerja sesebuah Pusat Servis. Stok alat ganti juga akan tersedia secara berperingkat.

BACA >>> Mazda3 Turbo (2021) Lancar di Amerika (250hp, 434Nm), Harga Mula RM123k

Related

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bermaz Motor, Mazda Japan, Mazda Jepun, Mazda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev