Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun
Autotainment

#TahukahAnda: Rupanya Inilah Maksud Sebenar di Sebalik Pelekat Kereta Jepun

Azizi HBy Azizi H19/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA tentu biasa ternampak pelekat kereta seperti inikan? Pelekat ini biasanya boleh dilihat pada model pasaran domestik Jepun (JDM) sama ada kereta keicar versi kena sumpah (daripada model Perodua) atau rekon. Malah, kereta bukan Jepun pun ada yang tumpan sekaki.

Namun, ramai tidak tahu maksud tersirat di sebalik simbol JDM itu. Rata-ratanya menganggap itu sekadar simbol kepada kereta JDM. Artikel ini akan menjelaskan maksud di sebalik simbol tersebut.

BACA >>> Toyota Hilux (2020) Facelift Ini Versi JDM, Tetapi Import dari Thai, Harga Mula RM137k

1. WAKABA/SHOSHINSHA

Apabila lihat simbol hijau dan kuning ini, mesti ramai ingat itu pelekat khas dari Kedah. Ada menganggap logo itu bermaksud keicar, iaitu model kereta kompak dari Jepun, atau simbol kepada JDM.

Sebenarnya, pelekat ini digelar ‘wakaba’ atau ‘shoshinsha’ yang bermakna ‘baru belajar’, sama seperti pelekat ‘P’ di Malaysia. Pelekat ini perlu dilekatkan di depan dan belakang kenderaan, sama ada motosikal, kereta atau lori, untuk menunjukkan diri mereka pemandu baharu yang baru dapat lesen memandu kurang setahun.

2. TULISAN ‘PEMANDU SEDANG BELAJAR’

Jika ‘wakaba’ atau ‘shoshinsha’ sama seperti lesen ‘P’, simbol ini pula membawa maksud sama seperti lesen L di Malaysia, iaitu pemandu masih belajar memandu/menunggang.

Kerajaan Jepun sengaja menggunakan pendekatan berbeza berbanding negara lain untuk memudahkan pengguna jalan raya lain mengenal pasti pemandu yang sedang belajar dan belum ada lesen. Jadi, kereta yang dipandu pelajar tersebut wajib ditampalkan pelekat panjang lebar itu.

Pelekat ini mengandungi amaran spesifik dalam bentuk teks, iaitu ‘Kyuu bureeki chui, kanmenkyou, renshuuchuu’ atau terjemahannya, ‘Hati-hati, kereta boleh berhenti mengejut, lesen sementara, sedang belajar’.

3. KOREISHA

Sebagai pengguna jalan raya, sudah pasti banyak kerenah yang perlu kita lalui sepanjang b. Antara perkara paling menyakitkan hati ialah kereta depan memandu terlalu perlahan. Memang geram sampai jenuh hon ditekabn bertalu-talu, tetapi selepas dipotong, rupa-rupanya si pemandu itu warga emas sebaya yang mungkin sebaya bapa dan datuk kita.

Di Jepun, logo koreisha digunakan untuk membantu kita mengenal pasti pemandu berstatus senior supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu beremosi ketika memandu.

Semua pemandu di Jepun yang berusia 75 tahun ke atas wajib menampal tanda ini pada kenderaan mereka. Sebagai makluman, simbol koreisha asalnya ialah simbol air mata berwarna jingga dan kuning, tetapi ditukarkan kepada simbol daun yang mewakili empat musim kerana simbol asal dikatakan kurang sensitif pada golongan berkenaan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Tanggalkan Pelekat Motosikal Tanpa Kesan

4. SHINTA SHOUGAI

Berbeza negara lain yang menggunakan simbol orang duduk atas kerusi roda, sebaliknya Jepun menggunakan simbol bunga denan kelompak bentuk cinta untuk memaklumkan yang si pemandu daripada golongan orang kurang upaya (OKU) fizikal.

Ada mendakwa Jepun sengaja memilih simbol ini untuk menjaga perasaan golongan OKU. Lagipun bukan semua OKU perlu berkerusi roda, dan tidak semestinya akses dan privilej OKU cuma dikhaskan kepada OKU berkerusi roda sahaja.

Jadi untuk membawa simbol lebih universal, kerajaan Jepun menggunakan tanda ‘Shinta Shougai’.

5. CHOUKAKU SHOUGAI

Jepun juga mencipta sendiri pelekat khas untuk membantu pengguna jalan raya mengenal pasti pemandu OKU yang bermasalah pendengaran. Pelekat ini dinamakan ‘choukaku shougai’. Simbol seakan rama-rama itu dipilih bagi menggantikan logo telinga yang biasanya digunakan negara lain.

Simbol ini juga membantu orang ramai mengenal pasti pemandu yang tidak mampu mendengar bunyi siren, hon kenderaan dan lintasan kereta api.

Pemandu di Jepun juga dilarang memotong agresif mana-mana kenderaan yang memiliki pelekat ‘choukaku shougai’ supaya si pemandunya tidak terkejut hingga membahayakan pengguna lain.

BACA >>> Toyota Camry Black Edition JDM Rai Ulang Tahun ke-40 di Jepun

SUMBER : PlazaHomes | Illuminasi

aksesori Auto Terkini JDM Pasaran Domestik Japun (JDM) Pelekat JDM Pelekat Jepun Pelekat Kereta Sticker Sticker JDM Stiker Kereta
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    18/03/2026
    Lepas Malaysia buat baju raya khas
    Auto Terkini

    Lepas Tampil Strategi Jenama Berteras Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.