• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Giliran Petrucci Pula Podium Pertama MotoGP 2020 di Perancis

Giliran Petrucci Pula Podium Pertama MotoGP 2020 di Perancis

October 12, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


LAGI kejutan pada pusingan kesembilan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 di Litar Le Mans, Perancis semalam yang mana juara kali ini dirangkul pelumba Ducati Team, Danilo Petrucci, manakala kedua dan ketiga menjadi milik rookie Alex Marquez (Repsol Honda) dan Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory).

Perlumbaan ditangguhkan beberapa minit akibat hujan sebelum bermula yang menyaksikan legenda Valentino Rossi tersungkur di selekoh zig-zag pertama, juga  kali ketiga berturut-turut veteran itu gagal menamatkan perlumbaan.

Joan Mir (Suzuki Ecstar), Maverick Vinales (Monster Yamaha) dan Petrucci ialah pelumba yang mendominasi separuh pusingan awal perlumbaan.

BACA >>> #SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?

Kemudian muncul Alex Rins (Suzuki Ecstar) cuba menyaingi barisan pelumba Ducati di depan dengan Espargaro dan Alex turut berhajat besar. Namun ketika Rins berentap dengan Jack Miller (Pramac Ducati), kedua-dua pelumba itu tersasar dari trek.

Lebih teruk Miller mengalami kegagalan enjin, manakala Rins terjatuh pada selekoh zig-zag pertama, tetapi dapat bangkit semula dan menamatkan aksi di tempat terakhir.

Petrucci kemudian menggunakan kelebihan itu untuk terus mara ke depan. Rakan pasukannya, Andrea Dovizioso pula bergelut dengan masalah cengkaman tayar belakang hingga terpaksa memberikan laluan dipintas Alex untuk podium pertama buat dirinya sebagai rookie.

Bagi Espargaro pula, podium kali ini ialah kali keempat yang semuanya berakhir di kedudukan ketiga. Sementera itu, pelumba grid pole, Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) hanya mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

Ini juga aksi terburuk semua pelumba Yamaha yang terpaksa turun trek tanpa enam jurutera gara-gara dikuarantin akibat Covid-19.

BACA >>> Angkara Covid-19, Yamaha Hadapi Aksi GP Perancis Tanpa Enam Jurutera

KEPUTUSAN GP LE MANS, PERANCIS

  1. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) 45m 54.736s
  2. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +1.273s
  3. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) +1.711s
  4. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) +3.911s
  5. Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) +4.310s
  6. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) +4.466s
  7. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +5.921s
  8. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +15.597s
  9. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) +16.687s
  10. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +16.895s
  11. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +16.980s
  12. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* +27.321s
  13. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20) +33.351s
  14. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +39.176s
  15. Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +51.087s
  16. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +14.190s
  • Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) DNF
  • Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) DNF
  • Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) DNF
  • Bradley Smith GBR Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) DNF

SUMBER: Crash.net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Danilo Petrucci, GP Le Mans, GP Perancis, MotoGP 2020, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev