BOON Siew Honda (BSH) rasmi melancarkan Honda BeAT (2020) dengan mengemas kini aspek teknikal dan ciri supaya kekal relevan di pasaran Malaysia pada harga jualan RM5,555, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.
ENJIN ESP, PGMFI
Beat (2020) kini dipacu enjin eSP baharu dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menawarkan peningkatan kuasa 8.6hp @ 7,500rpm dan tork 9.53Nm @ 5,500rpm. Enjin baharu ini juga patuh piawaian Euro4 dan menawarkan prestasi penggunaan bahan api pada kadar 59.1km per liter.
FREM TEKNOLOGI eSAF
Keselesaan tunggangan kini dipertingkat menerusi penggunaan frem baharu dengan inovasi teknologi eSAF (Frem Arkitektur Pintar Dipertingkat/ enhanced Smart Architecture Frame) untuk menghasilkan jentera berprestasi tinggi dan ekonomi.
Teknologi eSAF ini turut menyumbang kepada ruang simpanan lebih baik. Antaranya, kapasiti tangki minyak kini meningkat daripada 4.0 liter kepada 4.2 liter, manakala ruang simpanan bawah elana menjadi 11.7 liter (tambahan 0.5liter). Berat keseluruhan BeAT (2020) ini ialah 90kg, berkurang sebanyak 4kg.
CIRI BAHARU
BeAT (2020) kini menampilkan beberapa ciri baharu seperti:
- Lampu depan LED
- Panel spidometer baharu
- Cermin sisi baharu
- Rim baharu
- Tuil kunci brek baharu
- Pembuka pelana baharu
- Lampu belakang dan lampu signal baharu
BeAT (2020) masih lagi menggunakan sistem brek kombi dengan Sistem Kunci Pintar (Smart Lock System, SLS) yang memastikan brek kekal aktif sebelum menghidupkan atau menghentikan motosikal. Selain itu, suis tongkat sisi automatik pula berfungsi mematikan enjin apabila tongkat diturunkan.
4 PILIHAN WARNA
BeAT (2020) ditawarkan dalam empat pilihan warna: Vivacity Red (merah), Force Silver Metallic (perak), Pearl Nightfall Blue (biru) dan Space Magenta Metallic (merah hati). Setiap pembelian skuter ini diberikan waranti kilang 2 tahun atau perbatuan 20,000km (mana satu tiba dahulu).
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan
GALERI
Leave a Reply