Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda BeAT (2020) Enjin eSP PGMFI, Frem eSAF Kini di Malaysia! Harga RM5.5k
Auto Terkini

Honda BeAT (2020) Enjin eSP PGMFI, Frem eSAF Kini di Malaysia! Harga RM5.5k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) rasmi melancarkan Honda BeAT (2020) dengan mengemas kini aspek teknikal dan ciri supaya kekal relevan di pasaran Malaysia pada harga jualan RM5,555, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.

ENJIN ESP, PGMFI

Beat (2020) kini dipacu enjin eSP baharu dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang menawarkan peningkatan kuasa 8.6hp @ 7,500rpm dan tork 9.53Nm @ 5,500rpm. Enjin baharu ini juga patuh piawaian Euro4 dan menawarkan prestasi penggunaan bahan api pada kadar 59.1km per liter.

FREM TEKNOLOGI eSAF

Keselesaan tunggangan kini dipertingkat menerusi penggunaan frem baharu dengan inovasi teknologi eSAF (Frem Arkitektur Pintar Dipertingkat/ enhanced Smart Architecture Frame) untuk menghasilkan jentera berprestasi tinggi dan ekonomi.

Teknologi eSAF ini turut menyumbang kepada ruang simpanan lebih baik. Antaranya, kapasiti tangki minyak kini meningkat daripada 4.0 liter kepada 4.2 liter, manakala ruang simpanan bawah elana menjadi 11.7 liter (tambahan 0.5liter).  Berat keseluruhan BeAT (2020) ini ialah 90kg, berkurang sebanyak 4kg.

CIRI BAHARU

BeAT (2020) kini menampilkan beberapa ciri baharu seperti:

  • Lampu depan LED
  • Panel spidometer baharu
  • Cermin sisi baharu
  • Rim baharu
  • Tuil kunci brek baharu
  • Pembuka pelana baharu
  • Lampu belakang dan lampu signal baharu

BeAT (2020) masih lagi menggunakan sistem brek kombi dengan Sistem Kunci Pintar (Smart Lock System, SLS) yang memastikan brek kekal aktif sebelum menghidupkan atau menghentikan motosikal. Selain itu, suis tongkat sisi automatik pula berfungsi mematikan enjin apabila tongkat diturunkan.

4 PILIHAN WARNA

BeAT (2020) ditawarkan dalam empat pilihan warna: Vivacity Red (merah), Force Silver Metallic (perak), Pearl Nightfall Blue (biru) dan Space Magenta Metallic (merah hati). Setiap pembelian skuter ini diberikan waranti kilang 2 tahun atau perbatuan 20,000km (mana satu tiba dahulu).

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan

GALERI

 

Auto Terkini Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda BeAT Honda BeAT (2020) roda2 skuter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.