• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 890 Adventure R (2021) Serba Baharu Lancar

KTM 890 Adventure R (2021) Serba Baharu Lancar

October 7, 2020 By Aryon Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM melancarkan model advencer 890 Adventure R (2021) serba baharu, termasuk edisi terhad 890 Adventure Rally (2021).

Kedua-dua model itu, yang berkongsi DNA dan gaya sama daripada siri 790 Adventure, dibina atas frem, swingarm dan enjin baharu. Trenkuasa baharu digunakan boleh dikatakan versi modifikasi daripada enjin Parallel-Twin Duke 890 dengan kuasa dijinakkan kepada 105hp supaya sepadan dengan karakter jentera advencer.

BACA >>> #EICMA2019: KTM 1290 Super Duke R (2020) yang Lebih Ringan, Berkuasa

Sama seperti model-model besar KTM lain, 890 Adventure R dilengkapkan dengan ciri khas seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Selekoh dan Off-Road, mod tunggang, sistem kawalan traksi, Quick Shifter dan paparan TFT warna penuh 5 inci.

Tetapan suspensi juga diperbaharui menerusi pemasangan fork terbalik (USD) WP 48mm dengan travel 239mm di depan dan monoshock WP dengan travel 239mm di belakang. Bahagian roda menggunakan set rim 21 inci di depan dan 19 inci di belakang yang dibalut tayar Metzeler Karoo 3.

Sistem brek digalas unit cakera kembar 320mm dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera tunggal 290mm dengan kaliper 2-piston di belakang.

Sementera itu, 890 Adventure Rally dikeluarkan dalam unit terhad, cuma 700 unit sahaja dengan dilengkapkan beberapa komponen eksklusif seperti peg kaki rali, rim anod, casis talaan lumba dikemas kini, pelana enduro, pelindung tangki gentian karbon, dan suspensi jenis spesifikasi tinggi.

Model buatan Austria akan mula dipasarkan tahun ini.

BACA >>> #Spyshot: KTM 250 Adventure (2021) Dikesan dengan Rupa Lebih Jelas

GALERI

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure bike, KTM, KTM 890 Adventure R (2021), KTM 890 Adventure Rally (2021), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my