ASTON Martin Kuala Lumpur rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama itu, DBX yang dibangunkan atas platform baharu.
Rekabentuk menarik DBX mengingatkan kita kepada gaya model sport ikonik Aston Martin yang tampil dengan prestasi mengagumkan. Kehadiran SUV mewah ini nyata menarik minat ramai peminat dan pemerhati dunia permotoran sedunia.
BACA >>> Ferrari Omologata Milik Pelanggan Eropah Ini Hanya Ada Satu Unit Sahaja di Dunia
ENJIN DB11, VANTAGE
DBX dipadankan enjin baharu 4.0L V8 Twin Turbo berkuasa 542hp @ 6,500rpm dan tork 700Nm @ 2,200-5,000rpm serta dipadankan transmisi automatik 9-kelajuan dengan sistem kawalan elektronik shift-by-wire.
Juga didatangkan dengan mod pacuan adaptif (empat on-road, dua off-road).dan SUV ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.5 saat dalam sistem pacuan semua roda (AWD), manakala kelajuan maksimum mencapai 291kmj!
RANGKA BAHARU
DBX menandakan era baru Aston Martin mengetengahkan aspek prestasi, gaya dan praktikaliti luar biasa dalam segmen belum diterokai. Ia menetapkan standard baharu dalam segmen SUV dengan membawa fleksibiliti dan kepuasan diharapkan daripada sebuah SUV berjenama mewah menerusi tahap prestasi dinamik.
DBX dibina atas platform SUV khas baharu yang menggunakan ikatan aluminium iaitu kaedah pembinaan diperhalusi Aston Martin melalui pengembangan model sport jenama itu. Struktur badan ringan dan keras membantu mendapatkan berat keseluruhan 2,245kg.
Sejak awal pembangunan, misi Aston Martin adalah mendapatkan ruang kabin maksimum, penambahbaikan aspek premium diperhalusi dan keluasan ruang lapang buat penumpang depan dan belakang. Sementara itu, rekabentuk platform baharu itu turut membolehkan DBX mencapai dinamik luar biasa atas jalan biasa (on-road) atau off road.
BACA >>> Aston Martin Bulldog - Konsep Supercar Terpantas 70-an Akan Dibaik Pulih
PENGENDALIAN DINAMIK
Pengendalian dinamik diserahkan kepada suspensi udara volum adaptif ganda yang digabungkan sistem kawalan antirol elektrik (48V eARC) terkini dan absorber adaptif elektronik. Kemampuan meningkatkan ketinggian pemanduan kepada 45mm dan 50mm (rendah) memberikan keyakinan kepada pemandu DBX untuk meredah apa jua cabaran rupa bumi.
Sistem dapat diprogram untuk membantu memudahkan masuk- keluar kabin dan memuatkan barangan, termasuk bantuan tahap praktikal. Sistem suspensi menggunakan absorber double-wishbone independen di depan dan multi-link di belakang.
Kamber spring udara adaptif tripel menawarkan kekerasan spring berbeza dan eARC luar biasa mampu menanggung tekanan antirol 1,400Nm per gandar serta boleh mengehadkan olengan badan DBX seakan memandu model sport.
Sistem canggih suspensi udara adaptif, damper dan eARC ini memberikan keselesaan perjalanan maksimum buat penumpang bersama bagasi dibawa. Bahagian roda dipasangkan rim aloi 22 inci dengan tayar Pirelli P Zero 285/40 YR22 (depan) dan 325/35 YR22 (belakang).
Keupayaan membrek diserahkan kepada brek cakera keluli lelubang 410mm dengan kaliper aluminium 6-piston di depan dan brek cakera keluli lelubang 390mm dengan kaliper aluminium piston-miring (sliding-piston) di belakang. Kesempurnaan pemanduan dibantu sistem keselamatan lengkap, terdiri daripada:
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Brek Parkir Elektrik (EPB)
- Brek Pegun Auto (APBH)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Kawalan Traksi (TC)
- Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
- Kawalan Stabiliti Roll-Over (RSC)
- Kawalan Turun Bukit (HDC)
- Bantuan Mula Daki (HSA)
KABIN LUAS DAN LAPANG
Menjengah ruang kabin, SUV 5-kerusi ini dihiaskan unit infotainment skrin sentuh TFT 10.25 inci dan kluster instrumen TFT 12.3 inci untuk pemandu. Keseronokan memandu diceriakan sistem audio premium Aston Martin dengan 14 pembesar suara 800 watt dan dilengkapkan konektiviti Apple CarPlay sebagai standard.
Sistem kamera 360º dan pencahayaan ambien menawarkan 64 warna pilihan dalam dwi-zon. Turut tersedia empat palam USB, soket pengecas 12V, sistem navigasi satelit (HDD) dan sambungan Bluetooth. Kapasiti but 632 liter dan kerusi boleh lipat dalam nisbah 40:20:40 menawarkan fleksibiliti ruang bagasi luas buat penumpang.
Kerusi mendapat kemasan kulit Bridge of Weir. Pelapik kepala dan penutup tirai elektrik menggunakan kemasan Alcantara, manakala seluruh kabin mengekalkan keaslian bahan berasaskan logam, kaca dan kayu.
BACA >>> Supercar Paling Berkuasa, McLaren 765LT Kini di Malaysia, 10 Unit Sahaja, Harga RM1.5j
LUARAN
Penampilan DBX ini diserlahkan gril signatur DB di depan dan dipadankan teknologi lampu siang (DRL) LED. Sil pintu Cutaway memudahkan penumpang melangkah masuk-keluar kabin, manakala perincian rapi dapat dilihat menerusi penutup kaca sisi tersembunyi di pintu tanpa frem.
DBX ini dijual pada harga RM818,000 dan dipakejkan bersama segudang ciri keselamatan terbaik, terdiri daripada:
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Pengehad kelajuan
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki
- Amaran Tukar Lorong (LDW)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Pengecaman Tanda Jalan (TSR)
- Amaran Titik Buta (BSW)
- Amaran Buka Pintu (DOW)
- Beg udara (depan, sisi, langsir)
- ISOFIX dengan pautan atas
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Ringankan Motosikal Lebih Berbaloi?
BACA >>> #ApaNakBuat: Periksa 6 Bahagian Kereta Ini 3 Bulan Sekali
Leave a Reply