HYUNDAI merancang menghasilkan barisan kereta terbang yang akan memenuhi ruang udara udara bandar dalam masa sedekad nanti.
Ketua Unit Mobiliti Udara Bandar, Hyundai Motor Group, Jaiwon Shin berkata, model kereta terbang dibangunkan itu mampu membawa lima atau enam orang di kawasan metropolitan, manakala versi besar akan melakukan penerbangan antara bandar.
BACA >>> Toyota Labur Hampir RM1.63b untuk Projek Kereta Terbang dengan Syarikat AS
Menurut Shin, orang ramai yang kerap terkandas dalam trafik akan sedar betapa selesa bergerak dengan kenderaan udara. Hyundai menjangka memasuki pasaran tersebut pada 2028.
Beberapa pembuat pesawat terbang, pengeluar automotif dan syarikat start-up kini cuba menceburi industri pengangkutan dengan kereta terbang dan dron pengirim bungkusan. Menurut syarikat perbankan pelaburan, Morgan Stanley, teknologi seumpama itu dapat menjana industri bernilai AS$2.9 trilion (RM12 trilion) menjelang 2040, atau sekurang-kurangnya AS$615 bilion (2.5 trilion).
BACA >>> Sudah, Kereta Terbang Dah Tak Boleh Terbang?
Hyundai awal tahun ini mempamerkan konsep kereta terbang yang dibangunkan bersama Uber Technologies di Pameran Elektronik Pengguna (CES), Las Vegas. Pengeluar Korea itu akan bekerjasama dengan Uber dalam ujian pilot kenderaan terbang sebelum menyediakan perkhidmatan autonomi menjelang 2035.
Pada masa akan datang, industri dan penggubal undang-undang perlu menangani persoalan mengenai keperluan lesen pilot dan bagaimana mengurangkan atau meminimmumkan kemungkinan kemalangan. Peraturan dan infrastruktur baharu diperlukan untuk memastikan kenderaan tidak mengganggu lalu lintas pesawat dan helikopter.
BACA >>> RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!
Shin berkata, kereta terbang mungkin debut seawal 2023, tetapi Hyundai mensasarkan 2028 apabila lebih banyak infrastruktur dibina dan kesedaran masyarakat semakin tinggi. Bagi menarik pelanggan awal, Hyundai cuba mengurangkan kos dan tahap bising kenderaan selain memastikan keselamatan sebagai fokus utama.
Selain tugas mengangkut orang awam, Hyundai sedang membina pesawat membawa barang dengan kapasiti 300kg. Syarikat belum memutuskan di mana hendak membina atau pertama kali memperkenalkan kenderaan udara."
- JAIWON SHIN, Ketua Unit Mobiliti Udara Bandar, Hyundai Motor Group
Leave a Reply