KEHADIRAN Kawasaki ZX-25R jelas memancing pesaing lain untuk turut serta dalam perang sportbike 250cc dengan enjin 4-silinder. Terdahulu, ada khabar dari Negara Seberang yang mendakwa Yamaha bakal memperkenalkan konfigurasi enjin sama untuk jentera suku liter jenama itu.
Yamaha dikatakan sudah ada pelan induk daripada pengembangan enjin 250cc masa depan. Difahamkan muncul satu label yang dipercayai enjin 4-silinder 250cc dengan nama produk YZF-R25M. Ini kod yang mewakili status produk tersebut seperti mana varian R1M (foto bawah) sebagai versi R1 paling premium.
Terkini, muncul berita baharu tentang projek tersebut, dipercayai R25 4-silinder baharu. Berdasarkan e-mel dikirimkan pembaca portal dari Indonesia, IwanBanaran, sportbike 4-silinder itu sudah pun berada di fasiliti Yamaha dalam bentuk prototaip.
Adakah apa didedahkan pembaca itu benar? Berikut isi kandungan e-mel berkenaan yang kami petik secara langsung daripada portal IwanBanaran:
O ya mas Iwan, saya ada sedikit info dari tetangga yang kerja sebagai mekanik di dealer Yamaha. Katanya Yamaha R25 akan rilis versi 4 silinder, dia bilang akan rilis perkiraan antara tahun 2021 – 2022 katanya udah ada prototype di Yamaha pusat. Sudah ada di video nya di grup karyawan. Tapi pas saya minta nggak di kasih katanya rahasia perusahaan dan harus d jaga rahasianya soalnya kalau ketahuan sama orang luar akan dipecat langsung….."
Adakah benar atau tidak masih belum dipastikan. Mungkin juga model dilihat itu ialah R25 V3 dengan enjin 2-silinder versi dipertingkat (facelift) yang bakal dilancarkan pada 2021-2022.
Pembaca tersebut juga yakin dengan maklumat diberitahu jirannya itu kerana deruman ekzos dihasilkan kedengaran berbeza.
Suaranya mas Iwan, makanya dia yakin sangat 4-silinder, kebetulan jiran saya itu ketua mekaniknya. Ya, kalau saja benar mungkin bakal jadi kejutan buat para biker Indonesia. Katanya Yamaha melihat dulu hype dari Ninja ZX-25R yang sangat bagus responsnya dari para biker tanah air."
Sayangnya, tiada sebarang foto yang dapat dijadikan bukti, sekali gus menyukarkan kita membuat kesimpulan mengenai kesahihan maklumat tersebut. Malah menurut IwanBanaran sendiri, memang sukar video unit prototaip dibocorkan kalangan staf pengeluar motosikal di Indonesia kerana segala maklumat dijaga cukup ketat. Jangankan video, foto pun sukar dibocorkan.
Ini kerana projek besar dan baharu hanya boleh diakses individu tertentu saja. Bagaimanapun, spekulasi Yamaha membangunkan enjin 4-silinder untuk R25 adalah tipis. Ini kerana proses pembangunan enjin suku liter itu tidak semudah dibayangkan kerana perlu mengambil masa bertahun lama. Apapun, Yamaha sebenarnya sudah ada asas enjin 250cc 4-silinder yang dimiliki masa lalu, iaitu FZR250.
Namun, banyak komponen enjin perlu dirombak untuk mematuhi regulasi emisi, keperluan mengikut zaman dan lain-lain. Selain itu, apabila bertanyakan Yamaha mengenai projek 4-silinder, pengeluar itu nampaknya kurang berminat kerana memberikan keuntungan kecil dan tidak menyumbang kepada jumlah jualan besar.
BACA >>> Young Machine: Yamaha R25 (2019) Lebih Laju Berbanding Versi Lama, CBR Terpantas
BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR (2021) V3 Dikesan Jalani Ujian di Malaysia
Jan says
semakin menarik, tapi utk pasaran indonesia sahaja rasanya.
sebabnya sama macam Zx25R, masuk malaysia harga dah terlalu mahal.
kalau pasang di malaysia sekali pun, harga paling murah mungkin sekitar rm30k juga, tambah sikit lagi boleh beli MT07.