SUZUKI Malaysia baru saja memuat naik satu lagi foto acah yang mengesahkan ketibaan model sportbike Gixxer.
Foto dalam laman Facebook rasmi wakil pengeluar itu dimuat naik dengan status bertulis: "Something you’ve waited for is coming!" (Sesuaut yang ada tunggu sudah tiba).
Perkataan dalam imej foto pula ditulis; 'Something you've waited for GIXXER is coming'.
Ini ialah foto acah ketiga disiarkan Suzuki Malaysia selepas mengumumkan kemunculan semula jenama itu di bawah pengurusan baharu, Kawasaki Motors Malaysia (KMM).
Foto acah pertama Suzuki Malaysia memberi gambaran kehadiran sportbike fairing GSX-R sebelum disusuli foto acah kedua mengenai bakal kemunculan semula model kapcai yang kami jangka sebagai model Belang R150. Imej acah terbaharu ini pula Suzuki Malaysia memberi gambaran akan membawa masuk model Gixxer untuk pasaran tempatan.
Adakah Suzuki bakal memperkenalkan semua model dalam foto acah disiarkan itu secara serentak sebagai model pengenalan sempena kemunculan semula jenama itu ke pasaran Malaysia?
Gixxer ialah model naked bike yang menawarkan varian enjin 155cc dan 250cc. Gixxer juga ada dalam versi fairing yang didatangkan dengan tanda nama Gixxer SF, juga dalam dua varian enjin 155cc dan 250cc. Persoalannya, varian enjin manakah akan menjengah pasaran Malaysia?
Seperti kita tahu, Gixxer sangat popular di India. Malah, Gixxer 250 dan Gixxer SF 250 yang dilancarkan di Jepun pada pertengahan tahun lalu ialah model import dari India.
Gixxer 250 dijana enjin silinder tunggal 249cc penyejukan minyak berkuasa 26hp dan tork 22Nm dengan kotak gear klac manual 6-kelajuan. Bahagian roda menggunakan suspensi teleskopik 41mm di depan dan monoshock di belakang serta dilengkapkan brek cakera dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran sebagai ciri standard. Harga Gixxer 250 di Jepun sekitar RM17,610 hingga RM18,900.
Satu lagi pilihan Gixxer ialah model aras mula 155cc yang ditawarkan dalam bentuk badan sama seperti model 250cc. Versi ini dipadankan enjin 154.9cc penyejukan udara berkuasa 13.94hp dan tork maksimum 14Nm, dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.
Namun di India, Gixxer 155 (naked) menggunakan transmisi klac manual 5-kelajuan dengan teknologi sistem suntikan bahan api (FI).
BACA >>> 10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia
SINGKATAN GSX-R
Tahukah anda, jenama Gixxer diambil daripada sebutan perkataan GSX-R. Jika melihat konteks berkenaan, ada pelbagai model ditawarkan bermula sesaran kecil hingga besar, terdiri daripada GSX-R125, GSX-R150, GSX-R250, GSX-R600, GSX-R750 dan GSX-R1000R.
Adakah gambaran foto acah itu ada kaitan dengan imej pertama disiarkan Suzuki Malaysia dulu? Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Model manakah akan dibawa masuk? Kita tunggu saja.
BACA >>> Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?
BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition Lancar di India, Unit Terhad dengan Teknologi SOCS
Jan says
tolong lah jgn masuk Gixxer, spec terlalu lemau
paling kurang GSX-S150, atau GSX-R150
Shahrul says
kalau nak bawak masuk,,kasi spec yg paaduu²,,tngok fork pun teleskopic sebelum masihi,,tutup balik rasanya suzuki nii,,
kn says
gsx s150 pun mantap,kenapa xnak bawa masuk..adui..