• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai i20 N Line (2021) Lancar dengan Gaya Lebih Sporty, Dua Pilihan Enjin

Hyundai i20 N Line (2021) Lancar dengan Gaya Lebih Sporty, Dua Pilihan Enjin

October 6, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI i20 N Line
ialah model terbaharu dalam siri N Line yang tampil dengan pakej naik taraf sport dan akan dijual di pasaran terpilih bermula tahun depan. Luaran model prestasi ini dibina berasaskan bahasa rekabentuk Sensuous Sportiness yang diadun bersama gaya i20 standard.

Dari depan, model ini menerima aksen bampar hitam baharu dan lencana N Line tersemat di penjuru kanan gril. Penampilan luaran diserlahkan lagi dengan rim multi-jejari dwi-tona 17 inci. Ada empat pilihan warna ditawarkan, iaitu Phantom Black, Aurora Grey, Polar White dan Bronze.

Bampar belakang direka lebih bersegi dengan dwi-ekzos krom dan lampu belakang kelihatan melintang sepanjang pintu but untuk gaya lebih sporty.

Ruang kabin memuatkan kerusi sport dengan sulaman benang merah. Material kulit menjadi kemasan tuil gear, stereng N-Line, manakala pedal minyak dan brek mendapat kemasan logam. Hatchback ini turut dilengkapi teknologi Hyundai Bluelink untuk  akses kawalan jauh melalui telefon pintar, sama seperti model standard.

Trenkuasa i20 N Line ditawarkan dalam dua pilihan enjin 1.2L MPI berkuasa 82hp, dan 1.0L T-GDI berkuasa 98hp dan 118hp. Enjin 1.0L T-GDI diperhalusi dari segi suspensi, respon enjin dan bunyi ekzos untuk menghasilkan pengalaman pemanduan lebih baik.

Hatchback ini turut terdapat teknologi hibrid-ringan (MHEV) 48V sebagai opsyen untuk enjin 1.0L T-GDI 98hp, dan standard untuk 1.0L T-GDi 118hp, manakala ciri baharu dibekalkan ialah transmisi manual pintar (iMT) untuk memberikan ekstra kecekapan bahan api.

BACA >>> Hyundai i20 N Sedia Cabar Ford Fiesta ST, VW Polo GTI
BACA >>> Volkswagen Golf GTI Mk8 Kini dengan Konektiviti Pintar (243hp, 370Nm)

GALERI

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hatchback, hatchback segmen-B, Hyundai i20 N Line (2021), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev