• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM India Tawar Warna Baharu untuk RC 125, RC 200 dan RC 390

KTM India Tawar Warna Baharu untuk RC 125, RC 200 dan RC 390

September 29, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM India melancarkan warna baharu untuk RC 125, RC 200, dan RC 390 dalam usaha meningkatkan jualan model siri RC menjelang musim perayaan Deepavali di negara itu.

Berbanding negara lain yang memperkenalkan model versi dipertingkat (facelift) dan segar semula (refreshment) pada penghujung tahun atau awal tahun, tetapi di India, pengeluar di sana biasanya akan memperkenalkan warna baharu menjelang musim perayaan utama.

KTM RC 125 (2021)
KTM RC 200 (2021)

Sudah berada di pusat jualan, RC 125 dan RC 200 menerima skema warna Dark Galvano/Electric Orange, manakala model perdana siri RC, RC 390 ditawarkan warna baharu Metallic Silver yang juga kali pertama ditawarkan KTM. Bagaimanapun, warna Ceramic White masih ditawarkan untuk RC 390.

KTM RC 390 (2021)

Tawaran warna baharu itu tidak melibatkan sebarang kenaikan harga. RC 125 dijual pada harga Rs1.59 lakh (RM8,975), RC 200 berharga Rs2 lakh (RM11,289) dan RC 390 berharga Rs2.53 lakh (RM14, 280).

RC 125 dikuasakan enjin silinder tunggal 124cc berkuasa 14.5hp dan tork 12Nm. RC 200 enjin silinder tunggal 199cc (24.6hp, 19.2Nm), manakala RC 390 enjin silinder tunggal 373cc (43.5hp, tork 36Nm). Semua model dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Sementara itu, KTM khabarnya sedang menjalani ujian enduran untuk generasi baharu RC 125, 200 dan 390 yang bakal dilancarkan tahun depan. Sepatutnya model itu diperkenalkan tahun ini, tetapi terpaksa ditunda akibat krisis wabk Covid-19.

BACA >>> #Spyshot: KTM RC (2021) Dikesan Ditunggang Uji
BACA >>> Lakaran Bayangan Suzuki Katana 125, Ada Potensi Sportbike 150cc untuk Pasaran Asean?

SUMBER: Rushlane

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: KTM, KTM India, KTM RC, KTM RC 125, KTM RC 200, KTM RC 390, roda2, sportbike, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev