• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geng Rembat Basikal Berjenama di Bertam Kena Cekup!

Geng Rembat Basikal Berjenama di Bertam Kena Cekup!

October 2, 2020 By Azizi H Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIGA sekawan diberkas polis kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian basikal berjenama sekitar Bertam, Pulau Pinang.

Suspek dikatakan menunggang motosikal sekitar taman perumahan di situ untuk mencari dan mencuri basikal berjenama. Ketiga-tiga suspek itu, yang berusia 19, 22 dan 25 tahun, ditahan di lokasi berasingan dalam Op Lejang pada jam 6.30 petang, Isnin lalu.

Wang hasil curi basikal itu dipercayai digunakan untuk membeli bekalan dadah.

BACA >>> Tidak Boleh Lagi Berbasikal di Lebuh Raya, Kecuali...

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, semua suspek baru berjinak-jinak mencuri basikal berjenama sejak Julai lalu dan masing-masing tiada rekod jenayah lampau.

Mereka dikatakan meronda sekeliling taman dengan menunggang dua motosikal sebelum salah seorang akan turun dan mencuri basikal berjenama yang ditemui. Kebanyakan basikal dilarikan itu berada di kawasan laman rumah dan tidak berkunci yang memudahkan jenayah suspek.

Bersama suspek, polis turut merampas tujuh basikal berjenama bernilai hingga RM12,000.

Berdasarkan siasatan, suspek menjual barang curi itu di kedai basikal pada harga antara RM500 hingga RM700 seunit yang kemudian menjual semula pada separuh harga pasaran. Contohnya jika harga pasaran RM5,000, basikal curi itu akan dijual pada harga RM2,500.

Noorzainy berkata, polis turut menahan dua pemilik kedai basikal berusia 44 dan 66 tahun sebelum dibebaskan atas jaminan polis. Semua suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

BACA >>> 'Fast & Furious' di Jalan Ampang, Lelaki Nekad Lawan Arus, Langgar Pencuri Kereta Adik

SUMBER : HarianMetro

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, Auto Terkini, Curi Basikal, Geng Curi Basikal, Tiga Sekawan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my