• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Lagi Imej Yamaha Y15ZR V3! Dikesan Diuji Bersama SYM VF3i

#Spyshot: Lagi Imej Yamaha Y15ZR V3! Dikesan Diuji Bersama SYM VF3i

September 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

6.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU saja kami mendedahkan foto intip Yamaha Y15ZR V3  sedang menjalani ujian enduran beberapa hari lalu, kini muncul satu lagi foto intip model sama dikesan sedang diuji di Rawang, Selangor.

Menariknya, imej kali ini dimuat naik dalam grup SYM Super Moped VF3i 185 Malaysia. Sebabnya, kapcai Yamaha itu sedang menjalani ujian enduran bersama VF3i. Mungkin pasukan tunggang uji Yamaha mahu melakukan perbandingan prestasi dengan model pesaing itu.

BACA >>> #Spyshot: Yamaha Y15ZR (2021) V3 Dikesan Jalani Ujian di Malaysia
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Yamaha Y15ZR V3 Baharu dengan Enjin 155 VVA, Keyless!!!

Difahamkan Y15ZR V3 bakal menggunakan trenkuasa sama dengan sportbike YZF-R15, iaitu enjin 4-lejang 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi VVA. Jika mengambil kira output enjin R15, kuasa dihasilkan ialah 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm, lebih berkuasa dibandingkan kuasa sekarang, 15.2hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.

Transmisi klac manual 5-kelajuan juga khabarnya akan digantikan kepada 6-kelajuan seiring penambahan kuasa pesaing terdekat, Honda RS150R V2. Komponen klac akan dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist and Slipper (A&S) dan penghidup tanpa kunci (keyless).

Imej terbaharu ini juga lebih jelas yang menampakkan bahagian sisi dan belakang Y15ZR V3.

Saiz ekzos lebih pendek dan hujung ekzos dihitamkan tanpa kemasan krom. Apapun, ini cuma unit prototaipi ujian. Produk akhir mungkin berbeza seperti mana foto bocor Yamaha Exciter RC. 

Jika model lama lebih langsing, Y15ZR V3 ini nampak lebih gemuk dengan lekuk pelana lebih sporty. Bahagian sisi sedikit berlekuk tajam berbanding model terdahulu. Yamaha juga memindahkan posisi signal belok ke bawah, serentang fork. Perubahan ketara dapat dikesan pada panel kepala, lampu depan dan lampu belakang.

BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k

Related

6.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Foto Intip Yamaha Y15ZR, foto spyshot, roda2, Spyshot, Waisuku, Yamaha, Yamaha Y15ZR, YSuku

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev