• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kontrak Rossi-Petronas Yamaha Akan Diumumkan Khamis Ini?

Kontrak Rossi-Petronas Yamaha Akan Diumumkan Khamis Ini?

September 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KONTRAK pelumba veteran, Valentino Rossi dengan Petronas Yamaha SRT untuk Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 akan diumumkan Khamis ini sebelum bermula GP Catalunya di Sepanyol.

Selepas mengadakan beberapa pertemuan antara Pengurus Yamaha Racing, Lin Jarvis dan Pengurus Petronas Yamaha, Datuk Razlan Razali sepanjang seminggu terakhir ini, kesepakatan khabarnya sudah dicapai.

BACA >>> Rossi: Yamaha dalam Hati, Aku Akan Akhiri Karier di Sini


Malah, Razlan menerusi status Facebook pada 16 September lalu seakan memberikan bayangan mengenai kehadiran pelumba pertama pasukan satelit Yamaha itu. Pelumba pertama dimaksudkan itu semestinya pengganti Fabio Quartararo yang disahkan berhijrah ke pasukan pengilang Monster Energy Yamaha musim depan.

Siapa lagi kalau bukan Rossi yang pernah menyebut 99 peratus akan ke Petronas Yamaha?

Difahamkan pelumba Itali itu akan menjadi rakan pelumba Franco Morbidelli. Perjanjian baharu ini dikatakan membabitkan kontrak setahun, iaitu untuk musim 2021 sahaja.

BACA >>> Rossi: Aku Cakap 99% Sebab Belum Sign, Mana ada Nak Bersara?

razlan-razalan-valentino-rossi-petronas-yamaha-srt-bg
ROSSI_1
Valentino Rossi_5

Persoalannya, kenapa setahun? Adakah Rossi akan bersara selepas itu? Atau semua pasukan satelit akan menyusun semula perancangan masing-masing pada penghujung 2021? Kelewatan pengumuman status Rossi mungkin kerana tidak mencapai kata putus dari segi terma kontrak mengenai spesifikasi jentera ditunggang dan jumlah kru yang dibenarkan mengikut beliau.

Ya, bukan mudah mahu memikat bintang dunia seperti Rossi untuk menyertai pasukan muda seperti Petronas Yamaha. Apapun kita tunggu saja pengumuman Khamis ini yang mungkin menyaksikan Rossi menamatkan kariernya bersama pasukan dari Malaysia.

BACA >>> Maregalli: Dua atau Tiga Perlumbaan Sudah Cukup Tentukan Masa Depan Rossi
BACA >>> Mana Lebih Pantas? Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL atau Honda CBR250RR?

Related

215
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Datuk Razlan Razali, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, roda2, sukan permotoran, Valentino Rossi, VR46, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev