• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bakal Lancar Masa Terdekat, Piaggio India Siar Foto Acah Aprilia SXR 160

Bakal Lancar Masa Terdekat, Piaggio India Siar Foto Acah Aprilia SXR 160

September 16, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PIAGGIO India mendedahkan imej teaser model akan datang SXR 160 menerusi platform sosial media jenama tersebut. Pengerusi dan Pengarah Urusan, Diego Graffi ketika pelancaran Vespa Racing Sixties di India memberi bayangan Aprilia SXR 160 bakal dilancarkan sekitar November.

Imej teaser itu mendedahkan siluet fascia depan skuter maksi tersebut yang boleh dilihat menerusi lampu nyala siang (DRL) LED yang digabungkan bersama lampu utama LED berkembar. Visor besar menambah daya tarikan pada penampilan keseluruhan skuter tersebut. Hanya tertera perkataan Design For Future, Coming Soon.

Sebelum ini skuter tersebut dipamerkan pada Auto Expo 2020 Februari lalu di India. Sepatutnya pelancaran model itu lebih awal tetapi perlu ditunda akibat Covid-19.  Aprilia SXR 160 dijana oleh enjin 160.03cc, silinder tunggal yang dipinjamkan dari SR 160. Enjin itu menghasilkan kuasa 11bhp @ 7,600rpm dan tork 12Nm @ 6000rpm.

Kemudian janakusa itu dipadankan dengan transmisi CVT. Sementara suspensi depan menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.

Berikut antara senarai ciri peralatan Aprilia SXR 160:

  • Lampu depan LED bersama DRL
  • Fork teleskopik
  • Rim aloi
  • Brek depan cakera
  • ABS/CBS
  • Ekzos krom dengan pelindung panas
  • Pelana besar dan lebar
  • Kluster instrumen digital penuh
  • Glovebox berasingan dengan slot USB
  • Ruangan simpanan bawah pelana besar bersama lampu
  • Visor gelap

Aprilia SXR 160 dikatakan versi atas SR 160 dan anggaran harganya sekitar  INR 1.13 lakh (RM6,347).

BACA>>>#ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter
BACA>>>Dari Pengeluar Kereta ke Motosikal Elektrik, SEAT Perkenal Tiga Model e-Skuter

SUMBER: Indianautosblog

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia SXR 160, roda2, skuter, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my