• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Z Proto - Kereta Sport Bayangan Masa Depan Ilham Warisan Sejarah Lampau

Nissan Z Proto - Kereta Sport Bayangan Masa Depan Ilham Warisan Sejarah Lampau

September 25, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG merugikan jika sesebuah pengeluar automotif mengabaikan sejarah. Nampaknya situasi tersebut jarang berlaku kerana pengeluar sentiasa meraikan idea masa lalu dengan mengadun semula elemen ikonik model terdahulu pada model baharu.

Ini dapat dilihat pada produk buatan pengeluar eksotik seperti Bugatti atau jenama kebanyakan seperti Toyota. Satu lagi jenama wajib disebut ialah Nissan yang popular dengan legasi GT-R dan diteruskan sehingga hari ini melalui R35.

Terbaharu, Nissan memperkenalkan Z Proto sebagai hasrat pengeluar itu untuk melancarkan model sport generasi baharu. Model itu diperkenalkan di ibu pejabat Nissan di Yokohama, Jepun dan ditayangkan ke serata dunia.

BACA >>> Nissan Almera Turbo Buka Tempahan, Harga Mula RM80k, Petrol Penuh 650km!

Perhatian, model ini cuma unit prototaip dan bukan unit pengeluaran penuh. Nisssan juga tidak berselindung mengenai latar belakang Z Proto yang dibina menggunakan warna badan bright yellow pearlescent sebagai tribut kepada generasi pertama 240Z dan 300ZX. Malah, rekabentuk model berkenaan jelas dipengaruhi model asal itu.

Berikut apa dijelaskan Ketua Pereka Nissan, Alfonso Albaisa menggenai Z Proto:

  • Menggunakan tema yang menggabungkan elemen model terdahulu dan pada masa sama menonjolkan ciri masa depan.
  • Pasukan pereka membuat banyak kajian dan lakaran, termasuk mengkaji setiap generasi dan faktor yang membuatkan sesebuah model itu berjaya. Keputusan dibuat dengan mengambil beberapa dekad (generasi), termasuk masa depan.
  • Lampu LED depan menampilkan rekaan dua bulatan separa penuh yang mengimbas semula 240ZG pasaran Jepun era 70-an.
  • Model ZG mempunyai lensa kubah jernih (clear dome lenses). Jika berada bawah cahaya akan menampakkan dua refleksi membulat pada setiap lampu.
  • Bentuk bonet dan lampu LED bentuk titis air mata (teardrop) memberi bayangan kepada model Z asal.

BAGAIMANAKAH ELEMEN TERDAHULU PENGARUHI Z PROTO?

  • Gril bentuk segiempat menjadi isu di media sosial. Bentuk berkotak itu sebenarnya sama seperti model pasaran sekarang.
  • Hubungan antara model Z asal lebih jelas apabila Z Proto dipandang dari sisi.
  • Muncung depan hingga belakang bersegi seperti Z generasi pertama. Bucu sedikit rendah berbanding ketinggian fender depan yang menyerlahkan postur unik model Z.
  • Identiti atau peralihan tingkap sisi belakang ke bahagian rendah di hujung menambahkan efek kesan tersebut.
  • Bahagian belakang Z Proto dipengaruhi lampu belakang 300ZX, dan direka semula mengikut trend semasa.
Bahagian Dalaman

  • Pasukan pereka dalaman mendapatkan nasihat legenda permotoran bagi menghasilkan kabin kereta sport yang ideal untuk jalanan dan litar.
  • Hasil pendapat itu dapat dilihat pada meter dengan segala maklumat penting dipaparkan pada skrin digital 12.3 inci yang direka supaya mudah dipandan seperti tanda garis merah (redline) untuk anjakan gear pada posisi jam 12.
  • Stereng jenis deep dish yang rapat dengan pemandu menawarkan akses mudah kepada kawalan tanpa mengabaikan estetika vintaj.
Trenkuasa
  • Enjin V6 turbo kembar dengan transmisi manual 6-kelajuan.
  • Pilihan transmisi automatik sedang dalam pembangunan.

Selain ciri di atas, skirt sisi, lipbampar depan dan bawah bampar belakang dibuat daripada material gentian karbon. Secara keseluruhan, Z Proto memiliki dimensi panjang 4382mm, lebar 1,849mm dan tinggi 1,311mm, manakala saiz tayar 255/40 R19 di depan dan 285/35 R19 (belakang).

Seperkara lagi yang harus diketahui, Z Proto ialah model kajian dan pembangunan (R&D), dan refleksi kepada spesifikasi model pengeluaran. Hanya masa akan menentukan.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2021) Berkuasa 600hp Kini di Amerika dengan Harga RM877k!
BACA >>> Nissan Maxima 40th Anniversary Edition, Abang Besar Almera dengan Enjin 3.5L V6, 300hp!

GALERI
Nissan Z Proto.06
Nissan Z Proto.05
Nissan Z Proto.04
Nissan Z Proto.08
Nissan Z Proto.03
Nissan Z Proto.07
Nissan Z Proto.01
Nissan Z Proto.02
Nissan Z Proto.09
Nissan Z Proto.10
Nissan Z Proto.11
Nissan Z Proto.12
Nissan Z Proto.13
Nissan Z Proto.14
Nissan Z Proto
Nissan Z Proto.16
Nissan Z Proto.17
Nissan Z Proto.18
Nissan Z Proto.19
Nissan Z Proto.20
Nissan Z Proto.21
Nissan Z Proto.22
Nissan Z Proto.23
Nissan Z Proto.24
Nissan Z Proto.25
Nissan Z Proto.26
Nissan Z Proto.27
Nissan Z Proto.28
Nissan Z Proto.30
Nissan Z Proto.31
Nissan Z Proto.32
Nissan Z Proto.33
Nissan_Z_Proto_exterior_with Heritage car-crop
Nissan_Z_Proto_exterior_with Heritage car
nissan-370z-50th-anniversary-edition-1

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Alfonso Albaisa, Kereta Sport, Nissan, Nissan Fairlady 240Z, Nissan GT-R, Nissan Z Proto, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev